Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi memekak tentang perjuangan Melayu.
Mahathir kata parti Melayu perlu bersatu jika mahu sokongan moral raja-raja Melayu.
Dia mengatakan perpecahan Melayu akan melemahkan kaum itu dan berisiko memberi kesan kepada kedudukan institusi diraja.
Persoalannya, siapa yang memecah belah kaum Melayu sejak dulu?
Siapa pula yang menyerang institusi raja-raja sebelum ini? Mahathir tanpa rasa malu menyebut tentang parti Melayu perlu bersatu.
Siapa sebenarnya yang memecah belah parti Melayu seperti UMNO dahulu?
Mahathir punca parti UMNO berpecah. Mahathir menyebarkan hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk membenci pemimpin yang menggantikan dirinya.
Mahathir bertelagah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Pertelagahan itu menyebabkan perpecahan serta melemahkan orang Melayu.
Disebabkan pertelagahan berkenaan, wujudlah parti-parti seperti PKR, Bersatu dan sebagainya.
Mahathir sendiri tubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana kecewa dengan Bersatu.
Salah siapa? Tentulah salah Mahathir. Perbuatan dia sendiri telah melemahkan UMNO atau golongan Melayu sehingga ke hari ini.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819
Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.
Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.
Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.
Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.
Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.
SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/
Siapa yang melemahkan kuasa raja-raja Melayu sebelum ini?
Siapa yang meminda Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan pada 1993?
Tentulah Mahathir. Kenapa baru sekarang mahu menyebut tentang raja-raja Melayu?
Bukankah raja-raja Melayu penting untuk menyelesaikan segala konflik di negara ini?
Adakah sekarang baru Mahathir sedar tentang kepentingan raja-raja Melayu?
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2020/06/22/kembalikan-semula-kuasa-raja-raja-melayu-vigneswaran/
Dulu selalu serang raja-raja Melayu melalui pelbagai cara.
Sekarang kononnya mahu menyatukan parti-parti Melayu untuk mendapatkan sokongan raja-raja Melayu.
Cukuplah bermain dengan naratif bangsa dan raja.
Jangan meludah ke langit. Naratif Mahathir sudah lapuk.
Tiada orang akan mempercayai kata-kata Mahathir tentang Melayu.
Comments
Post a Comment