Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa ketuanan Melayu telah berakhir.
Bayangkan, seorang pemimpin Melayu berkata sedemikian.
Adakah Syed Saddiq gagal memahami sentimen rakyat khususnya kaum Melayu di negara ini?
Betapa lemahnya pemahaman Syed Saddiq tentang perkara berkenaan.
Syed Saddiq tidak matang dan cuai dalam menguruskan isu-isu sensitif khususnya menyentuh hal orang Melayu.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2018/10/29/perkasa-desak-syed-saddiq-mohon-maaf
Tindakan Syed Saddiq mencetuskan kemarahan orang Melayu sehingga memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil untuk meredakan keadaan.
Muhyiddin terpaksa membuang masa dan tenaga untuk menutup kelemahan seorang ahli politik muda seperti Syed Saddiq.
Syed Saddiq perlu faham, isu berkaitan bangsa dan hak istimewa orang Melayu adalah amat sensitif.
Tak salah nak menjadi ahli politik yang progresif tetapi jangan bermain dengan api khususnya soal perkauman.
Tambahan pula, Syed Saddiq sendiri berbangsa Melayu. Adakah Syed Saddiq cuba menjatuhkan bangsa Melayu?
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/04/mari-dialog-ketuanan-melayu-asyraf-cabar-syed-saddiq
Kenyataan itu mencetuskan sentimen ICERD sehingga orang ramai mengadakan himpunan menentang ICERD pada masa itu.
Syed Saddiq sebagai kerajaan ketika itu sememangnya mahu negara ini tidak lagi diperintah oleh mana-mana Raja Melayu dan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara republik.
Itu sememangnya apa yang dimahukan oleh idolanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir sudah lama memasang 'impian' mahu menjadikan negara ini berstatus republik.
Sebab itu, Syed Saddiq hanya 'mengiyakan' sahaja kerana langkah tersebut adalah agenda peribadi Mahathir.
Mari kita fahamkan semula apa itu ICERD.
ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum di segenap lapisan masyarakat antarabangsa.
Secara dasarnya, konvensyen itu mempunyai matlamat yang baik tapi tidak bersesuaian dengan sejarah, adat dan budaya Malaysia.
Syed Saddiq dan Mahathir cuba untuk meratifikasi ICERD ketika itu.
Namun, ratifikasi ICERD boleh mencetuskan impak yang lebih buruk kepada negara khususnya terhadap orang Melayu.
Ratifikasi itu berisiko memberi ruang kepada pihak tertentu untuk mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.
Keputusan tersebut juga tidak pernah dibincangkan bersama Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.
Syed Saddiq perlu ingat, jangan sesekali bermain api sentimen perkauman khususnya orang Melayu.
Hak orang Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Syed Saddiq lebih ghairah mencari perhatian berbanding memahami sentimen orang Melayu.
Dia tidak layak dijadikan sebagai pemimpin untuk melindungi orang Melayu pada masa hadapan.
Tidak pelik sekiranya dia mengikut jejak langkah idolanya yang hanya suka bermain retorik kosong berkenaan orang Melayu kelak.
Comments
Post a Comment