Na'imah Cuba Tutup Kesalahan Sendiri

Isteri kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid sebelum ini mendakwa tuduhan ke atasnya selama ini adalah konspirasi politik.

Dakwaan itu dilontarkan ketika Na'imah muncul dalam sebuah podsiar pada November 2025.

Na'imah turut merancang untuk memfailkan permohonan mendapatkan perintah 'gag order' (larangan bersuara) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan itu dibuat agar Anwar dilarang daripada membuat kenyataan lanjut mengenai keluarga beliau atau kes berkaitan.

Mahkamah Seksyen telah menolak permohonan lisan Naimah dan mengarahkannya untuk memfailkan permohonan rasmi jika mahu meneruskan usaha itu.

Kalau benar tuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik, mengapa Naimah terpalit dengan pelbagai kes di mahkamah?

Antara kes tersebut adalah dia culas membayar cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta.

Dia mendakwa cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 2018 berjumlah RM313,820,336.13 yang dikenakan terhadapnya adalah 'ultra vires' dan menyalahi undang-undang.

Nai'mah turut mendakwa jumlah yang dituntut itu adalah daripada tiga unit aset di luar negara yang bukan di bawah bidang kuasa LHDN kerana undang-undang cukai pendapatan di Malaysia berfungsi berasaskan dasar wilayah.

Namun, LHDN mengatakan selagi Nai'mah adalah warganegara Malaysia dan pemaustatin cukai di negara ini, dia tertakluk kepada audit cukai yang berkait dengan semua sumber pendapatan dan aset-aset menurut Akta Cukai Pendaptan (ACP) 1967.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2024/10/18/mahkamah-tolak-semakan-kehakiman-naimah-perlu-bayar-rm313-juta-kepada-lhdn/

Nai'mah juga merupakan pemegang saham utama di sebuah syarikat dikenali sebagai Muhibbah Engineering (M) Bhd.

Menurut laporan media tempatan pada 2001, syarikat tersebut sering dianugerahkan projek besar.

Laporan itu turut mengatakan Muhibbah memiliki hubungan kuat dengan HCM Engineering Sdn. Bhd yang mempunyai kaitan dengan individu-individu berpengaruh dalam politik.

Antara projek besar yang diperoleh oleh Muhibbah adalah projek bernilai RM422 juta untuk membina kem tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan.

Muhibbah juga mendapat projek pembaikan jalan raya Persekutuan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan nilai sebanyak RM850 juta bagi tempoh 15 tahun.

SUMBER: https://wrlr.blogspot.com/2024/01/who-is-daims-real-wife-who-is-naimah.html

Naimah juga dikatakan memperoleh beberapa kontrak secara terus daripada kerajaan.

Dia sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

SPK memperoleh kontrak secara terus berjumlah berbilion ringgit selama pada 1990-an daripada kerajaan.

Naimah juga memiliki orang kanan mereka yang bersekongkol dengan kegiatannya mengaut kekayaan di negara ini.

Individu tersebut adalah Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik Naimah.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak keluarga Naimah seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995

Apakah Na'imah masih ingin mendakwa semua tuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik?

Bagaimana dengan semua kontroversi yang terpalit terhadap dirinya sendiri?

Na'imah seharusnya tidak bermain naratif sedemikian kerana banyak bukti sudah dikemukakan.

Sampai bila Na'imah mampu mengelak lagi? Cukuplah tuding jari kepada pihak lain.

Lihat sahaja kesalahan diri sendiri.

Comments