Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerap berbicara soal institusi kehakiman akhir-akhir ini.
Apa yang ditekankan dan ditegaskan oleh Mahathir sekarang, berbeza dengan perbuatan atau langkah yang pernah dilakukan sewaktu zaman pemerintahannya.
Mahathir ketika ini cuba menjadi 'pejuang' kepada institusi kehakiman.
Namun, hakikatnya dia sendiri yang pernah menghancurkan dan memporak-perandakan institusi kehakiman satu masa dulu. Mahathir berkata dia bimbang campur tangan politik dalam lantikan ketua hakim baharu negara.
Sebaliknya, pada 13 Jun 2018, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) mencadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Datuk Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).
Namun, Tun Richard Malanjum kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara atas cadangan Dr. Mahathir diikuti Tan Sri Ahmad Maarop (Presiden Mahkamah Rayuan), Tan Sri Zaharah Ibrahim (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri David Wong Dak Wah (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).
Pada 18 Mac 2019, SPK mencadangkan nama Ahmad sebagai Ketua Hakim Negara dan David (Presiden Mahkamah Rayuan), Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).
Walau bagaimanapun, atas cadangan Dr. Mahathir, Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara diikuti Rohana (Presiden Mahkamah Rayuan), Abang Iskandar (Hakim Besar Malaya) manakala David dikekalkan sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Mahathir gagal untuk berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak sebelum melantik Hakim Besar kedua-dua negeri.
Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/842723/appointment-highest-judicial-offices-july-2018-not-made-according-names
Mahathir mendakwa dia tidak pernah mencampuri urusan pemilihan hakim sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Hakikatnya, dia pernah mencampuri dan menukar ketua hakim sewaktu Krisis Perlembagaan 1988.
Disebabkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.
Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.
Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.
Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.
Namun, Mahathir lebih licik dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.
Tun Salleh akhirnya terpaksa akur untuk meletakkan jawatan selepas tiada sokongan ditunjukkan kepadanya lagi.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/pemecatan-tun-salleh-abas-pahit-untuk-dikenang/
Mahathir dakwa kerajaan ketika ini membebaskan ahli politik kerajaan daripada kes mahkamah kerana memegang jawatan penting negara.
Mahathir jangan lupa bahawa beliau merupakan individu yang membantu membebaskan pemimpin DAP, Lim Guan Eng daripada kes rasuahnya.
Peliknya, Guan Eng dilepaskan sebelum dibicarakan. Malahan pengguguran kes tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Semestinya, Mahathir akan campur tangan kerana Guan Eng adalah Menteri Kewangannya ketika itu dan pastinya, Mahathir mahu menjaga hubungan baiknya dengan DAP pada masa itu.
Disebabkan itu, Mahathir tidak kisah untuk melantik Orang Kena Tuduh (OKT) seperti Guan Eng sebagai Menteri Kewangan meskipun sepatutnya jawatan penting itu diberikan mereka yang bukan tergolong dalam kluster mahkamah.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/470280/gugur-kes-guan-eng-bertentangan-perlembagaan-persekutuan
Mahathir tidak boleh menipu fakta dan sejarah yang berlaku.
Apa lagi hipokrasi yang Mahathir cuba tunjukkan kepada orang ramai?
Mahathir seolah-olah menjadikan badan kehakiman sebagai 'taman permainannya' demi kepentingan peribadi ketika menjadi Perdana Menteri.
Mahathir sebenarnya bukan risaukan campur tangan dalam badan kehakiman tetapi bimbang tentang undang-undang kini bukan di tangannya lagi.
Comments
Post a Comment