Kes pembunuhan model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu memasuki episod baharu.
Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini mengarahkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model berkenaan.
Wang tersebut sebagai pampasan dalam kes saman sivil yang difailkan oleh bapanya, Shaariibuu Setev.
Jumlah wang itu perlu dibayar termasuk faedah dalam tempoh 30 hari ke dalam akaun firma guaman yang mewakili Shaariibuu.
Abdul Razak juga diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM25,000.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/02/12/mahkamah-perintah-kerajaan-razak-bayar-rm9-juta-kepada-keluarga-altantuya/
Kebodohan Abdul Razak menyebabkan negara terpaksa membayar pampasan sebanyak itu kepada keluarga mangsa.
Gara-gara terlalu mengikut emosi, seorang wanita bernama Altantuya dibunuh oleh Abdul Razak.
Hanya kerana wanita berkenaan tahu tentang rundingan pintu belakang Abdul Razak berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis, Altantuya dibunuh dengan kejam.
Namun, sehingga kini Abdul Razak mengunci mulut tentang penglibatannya.
Sebaliknya, dia menyalahkan pihak lain atas pembunuhan Altantuya.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/07/11/subahat-timbul-apabila-razak-membisu-tentang-pembunuhan-altantuya-kata-mahkamah/
Abdul Razak malah menggelarkan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar sebagai penyangak yang membunuh Altantuya.
Apa faedahnya kedua-dua anggota polis berkenaan mengambil tindakan tersebut jika tiada sebarang arahan daripada pihak tertentu?
Tiada siapa mahu membunuh manusia lain menggunakan bom tanpa arahan atau 'dorongan' pihak tertentu.
Abdul Razak hanya bersuara apabila mahkamah memutuskan kedua-dua anggota polis itu bersalah.
Bukankah Abdul Razak juga seorang penyangak sebenarnya?
SUMBER: https://www.beritaharian.sg/malaysia/mahkamah-msia-putuskan-razak-baginda-bersubahat-pembunuhan-altantuya
Abdul Razak mendakwa berlaku banyak putar belit berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dia mendakwa kejadian tersebut adalah kes pembunuhan biasa.
Apa maksud Abdul Razak tentang 'pembunuhan biasa'?
Adakah pembunuhan itu satu perkara biasa buat Abdul Razak? Pembunuhan tetap pembunuhan.
Membezakan setiap pembunuhan adalah membunuh dengan sengaja atau tidak sengaja.
Tidak ada kategori pembunuhan biasa. Adakah membunuh menggunakan bom adalah kes pembunuhan biasa?
SUMBER: https://greenboc.blogspot.com/2015/01/apa-ertinya-pembunuhan-biasa-wahai.html
Abdul Razak telah mengakibatkan negara menanggung malu atas tindakan bodohnya.
Sehingga kini, dia masih tidak mahu mengaku salah dan menggelarkan orang lain sebagai penyangak.
Walhal, Abdul Razak adalah penyangak paling besar dan memalukan nama negara.
Dia sepatutnya menanggung wang pampasan itu seorang diri dan tidak melibatkan kerajaan.
Pandai buat, pandai tanggung sendiri.
Comments
Post a Comment