Sanusi Punca KDA FC Lingkup


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa sistem bola sepak Malaysia gagal disebabkan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dia mendakwa JDT punca semua kelab bola sepak negeri-negeri lain tidak boleh bersaing dalam liga domestik.

Bagaimana JDT dipersalahkan apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal membayar gaji?

Bagaimana JDT dipersalahkan apabila KDA FC mengalami prestasi tak memberangsangkan?

Bukankah sepatutnya semua isu tersebut perlu ditanya semula kepada Sanusi? Apa peranan Sanusi sebenarnya untuk KDA FC?

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/684579/berita/sukan/sanusi-dakwa-sistem-bola-sepak-malaysia-gagal


Tunggakan gaji KDA FC belum lagi selesai, Sanusi sibuk bercakap tentang isu lain.

Bukan sekali KDA FC mengalami tunggakan gaji, malah turut berdepan isu sama sebelum liga musim ini bermula.

Hampir sahaja Lesen Kebangsaan KDA FC ditarik balik kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan.

Sekarang, para pemain KDA FC memboikot sesi latihan kerana pihak pengurusan gagal membayar tunggakan gaji para pemain.

Sejak awal musim sehingga sekarang, pasukan itu tidak membayar sesen pun duit kepada para pemain.

Apa Sanusi buat? Dia hanya tahu menuduh pihak lain yang menyebabkan sistem bola sepak Malaysia gagal.

Namun, sebenarnya kegagalan sesebuah pasukan berpunca daripada isu-isu dalaman seperti tidak membayar gaji para pemain.

Salah siapa? Salah Sanusi dan pihak pengurusan kelab.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1130781/gaji-tertunggak-pemain-kda-fc-boikot-latihan


Sanusi sering mendakwa dia banyak membantu KDA FC namun situasi sekarang tidak akan berlaku kalau betul-betul menolong.

Semua yang dipegang oleh Sanusi, lingkup. Bola sepak lingkup, litar lumba pun lingkup.

Apabila KDA FC cemerlang, Sanusi terhegeh-hegeh cakap dia adalah individu yang menaikkan KDA FC.

Apabila KDA FC lingkup, Sanusi tak mahu masuk campur dan mendakwa dia sudah banyak membantu pasukan berkenaan.

Senang betul 'buang kes'. Lepas itu, tiba-tiba mahu menyalahkan pihak lain seperti JDT yang jelas tiada kena mengena dengan masalah dalaman KDA FC.

SUMBER: https://harapandaily.com/2024/04/07/dapat-dekat-hang-semua-lingkup-penyokong-bengang-sanusi-claim-banyak-tolong-kda-fc/


Sesebuah pasukan tidak akan gagal kalau diuruskan dengan baik, terutamanya dari segi kewangan.

Para pemain adalah manusia yang bergantung kepada gaji untuk meneruskan karier mereka. Tanpa gaji, tiada guna lagi untuk menyumbangkan bakti di atas padang.

Bagaimana para pemain KDA FC mahu bersemangat memberikan yang terbaik apabila Sanusi dan pihak pengurusan kelab gagal menyelesaikan masalah mereka?

Tak akan para pemain KDA FC mahu makan pasir tiap-tiap bulan? Sanusi makan sedap tiap-tiap bulan.

Tergamak dia melihat para pemain KDA FC makan biskut dan maggi sahaja. Belum lagi mereka yang sudah mempunyai keluarga dan komitmen tinggi setiap bulan.

Para pemain berhempas pulas menyumbang tenaga untuk pasukan tapi Sanusi penyebab utama mereka hilang semangat untuk bermain demi lencana di dada.
Sanusi cuba alih perhatian masalah dalaman KDA FC dengan mencetuskan isu baharu.

Bagaimana KDA FC mahu maju apabila pihak pengurusan tertinggi seperti Sanusi sibuk dengan isu lain walhal ada lagi perkara lebih penting untuk diselesaikan?

Sampai tahap para pemain sudah memboikot. Bukankah KDA FC berada pada tahap kritikal?

Janganlah 'buang kes' begitu sahaja, Sanusi. Selesaikan masalah dalaman kelab dahulu, baru sibuk hal kelab-kelab lain.

Comments