Syed Saddiq: Kegagalan 22 Bulan Sebagai Menteri Belia dan Sukan

1. Perlu ditekan semula bahawa dalam tempoh 22 bulan Syed Saddiq menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, dia tidak dapat mencapai sebarang matlamat.

2. Setelah diberi peluang merasa tampuk kuasa sebagai Menteri Belia dan Sukan, budak mentah ini terus memburukkan hubungan antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Majlis Belia Malaysia. Peruntukkan dana untuk NGO belia pula dikurangkan atau ditarik balik sepenuhnya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/364371/mbm-gpms-bidas-syed-saddiq

3. Seterusnya, dia telah mewujudkan Youth Power Club, sebuah NGO yang dipimpin kroninya dan menyalurkan RM50 juta kepada Youth Power Club yang sehingga hari ini tidak nampak adanya satu sumbangan kepada golongan belia mahupun inisiatif membangunkan golongan itu. Sudah tentu duit itu telah ditelan oleh Syed Saddiq dan kroni-kroninya.

4. Lihatlah kes-kes SPRM membabitkan Syed Saddiq yang kini berada di mahkamah. Nampaknya bukan sahaja pandai bohong, malah sudah belajar gejala rasuah.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/586608/sprm-akan-buat-laporan-polis-dakwaan-pembantu-syed-saddiq

5. Ramai yang mungkin telah lupa tentang “kehilangan” wang Syed Saddiq di rumah beliau beberapa bulan yang lalu, yang berjumlah lebih kurang RM 250,000. Logik jika kita kata yang duit di rumah Syed Saddiq itu mungkin adalah duit haram yang diselewengkan daripada peruntukkan YPC ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan.

6. Sehingga ke hari ini, Syed Saddiq masih tidak menjelaskan kepada orang ramai dari mana dia mendapat duit tersebut, dan mengapa dia simpan duit tersebut di rumah beliau. Malangnya, orang ramai seakan-akan lupa tentang kejadian ini, dan masih lihat Syed Saddiq sebagai sosok politik yang diperlukan oleh anak muda Malaysia.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585644/sprm-siasat-kes-hilang-duit-milik-syed-saddiq

7. Ramai juga yang lupa tentang janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta pekerjaan jika beliau berjaya diundi sebagai wakil rakyat pada 2018, dan pelbagai lagi janji-janji manis yang ditaburi. Namun, janji tinggal janji. Anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura, manakala Syed Saddiq masih sempat untuk membuka francais Santan baru beliau.

Sumber: https://freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/05/malaysian-grads-working-as-rubbish-collectors-shine-in-spore/

https://ohbulan.com/syed-saddiq-buka-kedai-makan-jual-nasi-lemak-nasi-ayam

8. Sebenarnya duit yang digunakan untuk membuka francais Santan itu sepatutnya disalurkan untuk tujuan membeli komputer riba. Namun begitu sekarang kita boleh lihat wajah sebenar Syed Saddiq ini yang masih ingin meneruskan penindasan anak muda dengan menyediakan pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) dan meraih keuntungan untuk manfaat sendiri sahaja.

9. Hari demi hari rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat dramatis Syed Saddiq yang dahagakan perhatian dan reaktif – sehinggakan beliau sanggup membelakangkan segala jenis “prinsip” yang sering dicanang olehnya.

10. Syed Saddiq telah mempopularkan acara sukan “bermain golf di pejabat”. Mungkin ini adalah cara Syed Saddiq untuk mengambil kesempatan dalam meraih populariti diri sendiri. Sukan golf pulak masih boleh lihat seorang jaguh baru dilahirkan di kalangan rakyat Malaysia.
11. Siapa lagi yang golongan muda boleh harapkan sekarang? Nampaknya Syed Saddiq ini hanya mampu berdebat dan bersuara, tetapi gagal dari segi mengikuti retorik sendirinya. Bah kata pepatah, tin kosong nyaring bunyinya. Jika anda tidak percaya, tengoklah pencapaiannya semasa beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Hanya ada kontroversi Youth Power Club (YPC) dan pelbagai gimik seperti bermain golf dan PS4 di pejabat.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/460987

12. Belia-belia yang mengundi di GE14 mengharapkan pembayaran pinjaman PTPTN mereka akan dikurangkan langsung tidak mendapat sokongan dari Syed Saddiq. Selepas menang...manifesto dan janji-janji pilihanraya semuanya dah lupa.

JADI APA PENCAPAIAN ATAU KEJAYAAN SYED SADDIQ SEMASA MENJADI MENTERI KBS SELAMA 22 BULAN?

Comments