Mukhriz Dan Projek Balak Yang Gagal

Projek kontrak balak di Sarawak pada awal 1990-an mempunyai kisahnya tersendiri.

Kontroversi membabitkan projek itu berkait rapat dengan amalan kronisme bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Individu dan nilai wang yang terlibat bukannya biasa-biasa.

Sehinggakan Mahathir menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan projek kroninya sendiri.

Apa yang berlaku sebenarnya membabitkan projek berkenaan?

SUMBER: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

Pada 21 Januari 1994, sepucuk surat permohonan dihantar kepada kerajaan negeri Sarawak.

Sarawak ketika itu diterajui oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud iaitu salah seorang yang rapat dengan Mahathir.

Sura itu memohon kelulusan membalak dan membersihkan tanah seluas kira-kira 1,000 hektar di Lot 63, di bawah nama syarikat Tanjung Tiara Sdn. Bhd.

Mukhriz iaitu anak kepada Mahathir ketika itu baru berusia 30 tahun dan belum bergiat secara aktif dalam politik, merupakan pengerusi syarikat berkenaan.

Projek pembalakan itu mempunyai dengan satu lagi projek Empangan Bakun milik usahawan Ting Pek Khiing.

Projek tersebut mula dirancang pada 1980-an, digantung pada 1990 kerana unjuran permintaan elektrik akibat kemelesetan tetapi dihidupkan semula oleh Mahathir pada September 1993.

Pada Januari 1994, kontrak projek itu diswastakan terus kepada Ekran Berhad iaitu sebuah syarikat pembalakan dan pemajuan hartanah tanpa sebarang pengalaman membina empangan serta tidak melalui proses tender terbuka.

Hubungan Mahathir dan usahawan itu bermula apabila bekas Perdana Menteri itu melihat sebuah rumah pameran yang dibina berhampiran kediaman Taib, lalu menjemput Pek Khiing untuk membina sebuah hotel di Langkawi dalam masa 100 hari.

Hubungan peribadi inilah yang dipercayai membawa Pek Khiing mendapat kontrak Empangan Bakun setahun kemudian.

SUMBER: https://soscili.my/ting-pek-khiing-dari-empangan-bakun-ke-projek-rm30-bilion-langkawi/

Mahathir dikatakan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion untuk pembinaan Empangan Bakun.

Kedua-dua agensi itu dikatakan masih belum menerima sebarang pulangan daripada pinjaman tersebut.

Ekran Berhad turut didakwa menuntut RM2.2 bilion daripada kerajaan berikutan pembatalan projek tersebut.

Projek Bakun itu turut mempunyai kaitan dengan projek kabel dasar laut sepanjang 650 kilometer yang dikaitkan dengan sebuah syarikat milik anak Mahathir.

Projek berkenaan juga dikatakan seluas hampir sebuah negara Singapura dan melibatkan pemindahan tidak kurang 10,000 orang kaum Penan.

SUMBER: https://www.mynewshub.tv/2018/06/kisah-kroni-si-mahathir-raih-projek-rm30-bilion/

Projek balak itu bukanlah satu projek kecil yang sepatutnya dipandang remeh.

Banyak duit dikorbankan, nasib penduduk tempatan tergadai dan akhirnya projek itu tidak diteruskan.

Namun, kroni-kroni Mahathir seperti Mukhriz dan Pek Khiing dikatakan semakin kaya melalui projek itu.

Mukhriz mendakwa projek pembalakan adalah projek milik rakannya namun sebaliknya, banyak kontroversi terjadi.

Mukhriz perlu ingat, bapanya iaitu Mahathir merupakan dalang di sebalik kedua-dua projek itu.

Tak perlu nak mengheret rakannya sekali dalam kontroversi berkenaan.

Comments