Tun Dr Mahathir - Perosak Negara

Apabila kedengaran nama Tun Dr. Mahathir, maka teringat juga nama panggilan di atas, dan juga keperitan yang dialami oleh rakyat semasa zaman pemerintahannya. Dari 1981 sehingga 2003 dan sekali lagi dari 2018 hingga awal 2020, Tun Dr. Mahathir menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Rakyat banyak menderita dalam kedua-dua zaman pemerintahannya, boleh dikatakan bahkan diktator. Tiada bezanya Tun Dr. Mahathir dengan diktator seperti Hitler di mana dia telah menzalimi orang dengan pandangan dunia mereka yang sempit dan tidak padan dengan zaman sekarang.

Sudahlah Tun Dr Mahathir memalukan kita di persada dunia. Agaknya sudah tiba masanya rakyat Malaysia sedar bahawa masalah yang dihadapi negara ini puncanya dari Tun Dr Mahathir. Dia telah memusnahkan Malaysia sehinggalah terjadi kemelut politik terkini.
Dalam surat kepada pengundi Johor, Tun Dr. Mahathir berkata bahawa dia akan terus ratib nama sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan negara dan menipu rakyat. Eloklah kalau dia tengok diri dalam cermin dan meratib namanya sendiri. Dia sebenarnya telah bertahun-tahun menipu rakyat dengan retorik dan janji-janji kosongnya. Lihatlah apa yang terjadi dengan janji-janji manifesto Pakatan Harapan. Tiada satu daripada janji itu yang ditunaikan, malah alasan Tun Dr. Mahathir untuk kegagalan itu adalah “manifesto itu bukan kitab suci”.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/434417

Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan juga hasil tangannya sendiri. Tun Dr. Mahathir sendiri sudah mengambil tahu mengenai pelan untuk menyingkirkan DAP dan sebahagian PKR daripada kerajaan sejak tahun 2019. Malah, beliau sendiri mencadangkan agar ahli-ahli UMNO keluar dan menyertai Bersatu untuk memperkasakan kedudukan mereka dalam kerajaan. Ini telah disahkan dalam rakaman audio mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Februari 2020.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/03/dr-mahathir-says-failed-to-form-unity-govt-in-2020-as-kit-siang-felt-he-was/1946619

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/122194/BERITA/Politik/Dr-Mahathir-bidas-dakwaan-Tommy-Thomas

Sudah jelasnya Tun Dr Mahathir tidak berminat untuk memulangkan ‘rule of law’ ataupun demokrasi sedangkan beliau secara sulitnya telah memastikan agenda-agenda reformasi Pakatan Harapan akan gagal.

Tun Dr Mahathir juga sering menyerang kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyindir bangsa sendiri. Adakah beliau betul-betul memperjuangkan hak istimewa dan membela orang Melayu? Cuba fikirkan macam mana sindiran ‘mudah lupa’ dan ‘malas’ boleh membawa sebarang inspirasi kepada orang Melayu? Tiada siapa yang lebih zalim daripada pemimpin Melayu yang menindas dan mengancam kedudukan bangsa sendiri.

Beliau juga melucutkan kuasa daripada Raja-Raja Melayu atas dakwaan salah guna kuasa dan keistimewaan baginda-baginda Sultan. Asas penarikan hak istimewa Raja-Raja Melayu sudah pun dibongkar dan disahkan tidak benar. Akan tetapi disebabkan pengaruhnya, ketidakadilan ini masih berterusan sehingga kini. Perlu kita lihat secara lebih terperinci mengenai peranan dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta kita.
Sumber: https://www.buletintv3.my/video/politik/tun-m-akan-tunai-janji-serah-jawatan-kepada-anwar-ibrahim

Kemelut politik yang kita hadapi sekarang tidak mungkin berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir dengan besar hatinya setuju untuk mengundur diri setelah tamat tempoh dua tahun sebagai Perdana Menteri. Betul, kelayakan penggantinya sememangnya bergantung kepada kepercayaan dan sokongan ahli Parlimen, namun begitu adakah seorang yang menggilakan kuasa pernah melepaskan kuasa secara sukarela? Tengoklah tahun-tahun yang sebelum ini. Tun Dr Mahathir masih mengekalkan pengaruhnya terhadap pengurusan tertinggi negara dengan mempengaruhi pelantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/17/dr-mahathir-says-2003-resignations-as-pm-umno-president-among-biggest-regre/1950581

Sesungguhnya Tun Dr Mahathir ingin mengungkit pasal penggubalan wang haram 1MDB dan pembaziran wang dengan projek mega, ada juga skandal-skandal yang tertimbul semasa zaman pemerintahannya. Jangan kita lupa skandal Forex pada tahun 1993 -1994 di mana Bank Negara telah rugi berbilion ringgit, skandal Perwaja Steel yang mengalami kerugian sebanyak RM15 bilion, dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 1982 dan menyebabkan seorang wartawan Malaysia dibunuh di Hong Kong semasa menjalani siasatan terhadap skandal itu.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/5-skandal-terbesar-yang-menyebabkan-rakyat-malaysia-terpaksa-menanggung-kerugian.html

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/10-projek-mega-mahathir-gagal-kerajaan-bail-out/

Jika Tun Dr Mahathir ingin menuding jari kepada sesiapa sahaja, dia patut menuding jari kepada diri sendiri. Dia merupakan punca kemerosotan negara tercinta kita. Jika dia tidak membuka jalan kepada penyelewengan wang dan korupsi, maka waris-waris politiknya tidak akan mengikuti cara-cara buruknya dan menjahanamkan negara.

Baik Tun Dr Mahathir bertaubat, akan tetapi kerosakan sudah berlaku. Situasi kini bagai tikus membaiki labu.

Comments