SYED SADDIQ HIPOKRIT – KATA PERJUANGKAN GAJI MINIMA RM1500 TAPI BAYAR INTERN RM900 SAHAJA

Baru-baru ini tercetus pulak satu lagi kontroversi dari Syed Saddiq dan parti MUDA. Dalam hantaran media sosial, dia telah memuatnaik iklan untuk mengupah seorang intern bagi pejabat Parlimennya di Muar. Sememangnya tiada masalah untuk mengupah intern akan tetapi mereka hendaklah di bayar elaun yang munasabah. Syed Saddiq ni nak upah intern dengan elaun dari RM900 hingga RM1200! Apa ni.. bukan haritu saja baru kata dia akan memperjuangkan gaji minimum RM1500?

Apa terjadi sekarang? Nampaknya ini merupakan satu lagi kes pendedahan hipokrit Syed Saddiq. Betul, ini bukan posisi pekerjaan tetap, malah penempatan sementara sahaja. Namun begitu, undang-undang negara masih terpakai dalam mana-mana situasi yang melibatkan transaksi duit untuk kerja-kerja dilaksanakan. Adakah Syed Saddiq tidak faham bahawa dia kini melanggar undang-undang yang dia sendiri menyokong tempoh hari semasa sidang Parlimen?

Syed Saddiq perlu faham bahawa penempatan intern ini bukan bermaksud dia boleh bayar ikut suka hati dia. Adakah RM900 kini cukup untuk saraan hidup bulanan bagi seseorang intern? Apatah lagi RM1200? Cuba bayangkan seorang intern dari luar bandar yang terpaksa mencari tempat tinggal sementara di Kuala Lumpur, ataupun intern dari Kuala Lumpur perlu berulang alik dari KL dan Muar untuk melaksanakan tugasan. Adakah RM900 mahupun RM1200 mencukupi untuk meliputi kesemua kos ini?
Memang tak cukup la, kalau kita lihat berapa seorang pekerja am dapat, RM1500 sebulan sebagai gaji mimima pun tidak cukup untuk mereka. Kalau di negara lain, penempatan intern pun dikira sebagai pekerjaan dan undang-undang bayaran gaji minima turut terpakai untuk mereka. Pekerjaan itu adalah pekerjaan, tidak kira sama ada intern atau posisi tetap. Syed Saddiq dengan jelasnya tidak faham bab ini.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Syed Saddiq telah gagal menunaikan janjinya kepada para belia. Dulu, pernah dia janjikan bahawa pinjaman PTPTN tidak perlu dibayar balik. Ia merupakan satu janji Pakatan Harapan semasa kempen untuk PRU 14. Sejurus sahaja Pakatan Harapan menang, keluar pulak kenyataan bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar balik. Rasa baik tak, kena kencing dengan Syed Saddiq? Banyak lagi yang dia tidak buat untuk para belia.

Ramai juga yang lupa tentang janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta pekerjaan jika beliau berjaya diundi sebagai wakil rakyat pada 2018, dan pelbagai lagi janji-janji manis yang ditaburi. Namun, janji tinggal janji. Anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura, manakala Syed Saddiq masih sempat untuk membuka francais Santan baru beliau.

Sebenarnya duit yang digunakan untuk membuka francais Santan itu sepatutnya disalurkan untuk tujuan membeli komputer riba. Namun begitu sekarang kita boleh lihat wajah sebenar Syed Saddiq ini yang masih ingin meneruskan penindasan anak muda dengan menyediakan pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) dan meraih keuntungan untuk manfaat sendiri sahaja.

Hari demi hari rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat dramatis Syed Saddiq yang dahagakan perhatian dan reaktif – sehinggakan beliau sanggup membelakangkan segala jenis “prinsip” yang sering dicanang olehnya. Landasan moral tingginya sudah lesap. Syed Saddiq telah mendedahkan dirinya sebagai seorang politikus yang sama seperti yang lama. Baik ‘cancel’ sajalah Syed Saddiq ni.

Comments