Apa Nasib PEJUANG Di Borneo?

PRN Johor pada Mac lalu menyaksikan parti Pejuang gagal memenangi satu daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ujar Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, parti itu tetap akan bertanding dalam beberapa kerusi Parlimen pada PRU-15 kelak meskipun mengalami kekalahan memalukan.

Malahan, Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui memasang hasrat untuk bertanding di Sabah pada PRU-15.

Kesungguhan Pejuang untuk memenangi kerusi Parlimen di Sabah turut dibuktikan menerusi penubuhan 16 cawangan parti di negeri tersebut.

Itu menjadikan Sabah merupakan negeri ketiga selepas Kedah dan Selangor yang memiliki ahli Pejuang paling ramai

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/kalah-hilang-deposit-di-johor-kini-pejuang-mahu-bertanding-di-sabah/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/04/26/ge15-pejuang-aims-to-contest-in-sabah-says-mukhriz/

Diwar-warkan PRU-15 akan diadakan pada tahun ini, namun adakah Pejuang mempunyai banyak masa untuk meraih sokongan rakyat terutamanya di Sabah?

Ditambah pula, Mahathir sendiri sudah kehilangan banyak sokongan berikutan kegagalannya ketika mengetuai kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini.

Banyak manifesto PH seperti pemansuhan tol dan penurunan harga minyak gagal dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Mahathir ketika itu, sekali gus menyebabkan rakyat marah.

Pejuang juga menolak untuk bekerjasama dengan BN atau UMNO atas alasan enggan terlibat dengan kluster mahkamah.

Meskipun Mukhriz menyatakan tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti sekalipun, namun istilah 'kluster mahkamah' yang dilontarkan itu sendiri merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/587601

https://www.astroawani.com/berita-politik/pejuang-sedia-kerjasama-dengan-semua-asalkan-bukan-kluster-mahkamah-mukhriz-314588

Menurut penganalisis politik dari Singapura, Oh Ei Sun, Pejuang tidak mempunyai peluang untuk memenangi sebarang kerusi Parlimen di Sabah pada PRU kelak.

Ujarnya, parti berasaskan kaum seperti Pejuang tidak mempunyai daya tarikan di Sabah kerana kebanyakan rakyat negeri itu mempunyai ahli keluarga dan latar belakang etnik serta kepercayaan agama yang berbeza.

Tambah Ei Sun, ramai rakyat Sabah masih menyalahkan Mahathir untuk Projek IC, istilah yang digunakan untuk menggambarkan dakwaan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada golongan pendatang asing dengan memberi mereka kad pengenalan pada 1990-an.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/04/30/no-chance-for-pejuang-in-sabah-say-analysts/

Itu ceritanya di Sabah. Bagaimana sekiranya Pejuang turut memilih untuk bertanding di Sarawak?

Pada PRN Sarawak tahun lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolot 76 kerusi Parlimen daripada 82 yang dipertandingkan.

31 kerusi yang ditandingi adalah di bawah nama BN. Jika Pejuang enggan bekerjasama dengan BN atau UMNO, maka tidak nampak sinar harapan untuk parti itu mendominasi atau membolot sebarang kerusi di Sarawak.

Sudah tentu, apa yang paling penting adalah Pejuang perlu membina 'sokongan' di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu sebelum melangkah ke Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Pejuang juga perlu menukar agenda perjuangan menentang rasuah. Perkara itu turut diakui oleh Mahathir.

Di samping itu, Mahathir turut mendakwa, negara tidak boleh selama-lamanya 'ditadbir' oleh mereka yang mengambil rasuah. Dakwanya lagi, PRN Melaka, Sarawak dan Johor yang memihak kepada BN adalah tidak wajar.

Mahathir mendakwa BN tidak sepatutnya menjadi kerajaan kerana mereka datang daripada parti yang jelas terlibat dengan jenayah besar yang merosakkan negara.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/193516/BERITA/Politik/Terlalu-fokus-menentang-rasuah-punca-Pejuang-kalah-PRN-Johor-Tun-M

Daripada Mahathir menuding jari kepada orang lain, lebih elok sekiranya Mahathir memberi tumpuan kepada partinya sendiri.

Rekodnya sebagai politikus juga tidaklah begitu baik serta sudah dibongkarkan beberapa kali untuk segelintir pihak.

Ahli PH sendiri juga dikatakan tidak lagi mempercayai kredibilit dan kepimpinan yang dibawa oleh Mahathir.

Mahathir bukan seperti dahulu. Malahan perjuangan untuk menentang rasuah dalam negara ini turut diragui.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/04/16/can-ph-trust-dr-m-or-pejuang/

Untuk Pejuang ‘disayangi’ oleh orang ramai, tampuk kepimpinan perlu diberikan kepada seorang individu yang mempunyai rekod politik lebih bersih berbanding Mahathir dan Mukhriz.

Sekiranya tampuk kepimpinan kekal dipegang oleh Mahathir dan Mukhriz pada PRU-15, maka jangan terkejut sekiranya Pejuang kalah teruk dan hilang wang deposit sekali lagi.

Comments