Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea 'Sarawak untuk orang Sarawak' dan 'Sabah untuk orang Sabah'.
Menurut beliau, mereka sepatutnya menganggap diri masing-masing sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu.
Mahathir juga berkata, keadaan di Sabah dan Sarawak menjadi lebih baik selepas menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Malahan, kedua-dua negeri itu bertambah kaya berbanding negeri lain di Semenanjung selepas pembentukan Malaysia pada 1963.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/590655
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=44167
Kenyataan Mahathir itu disangkal oleh Setiausaha Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Alexander Nanta Linggi.
Ujarnya, Mahathir sering menipu rakyat Sarawak ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
Alexander mendedahkan Mahathir mengabaikan Sarawak dari aspek pembangunan, hak, dana awam dan autonomi.
Beliau juga berkata, Mahathir sangat jarang melawat Sarawak sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Alexander turut membidas tindakan tidak adil Mahathir ketika kembali menjadi Perdana Menteri apabila hanya melantik seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri dari Sarawak dalam Kabinetnya.
Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, GPS diberi satu menteri kanan, tiga menteri dan tiga timbalan menteri.

Dakwaan berhubung Mahathir mengabaikan pembangunan di Sarawak turut dilontarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Mahathir sebelum ini pernah mendakwa rakyat Sarawak malas, tamak dan lambat dalam membangunkan negeri itu.
Namun ujar Abang Johari, Mahathir sebenarnya yang malas. Tindakannya yang tidak pernah datang melawat Sarawak merupakan punca mengapa negeri itu lambat dari segi pembangunan.
Tambah Abang Johari, beberapa inisiatif pembangunan termasuklah Lebuh Raya Pan Borneo dilaksanakan ketika pemerintahan Najib Tun Razak.
Sumber: https://www.nst.com.my/news/politics/2018/05/365949/sarawak-lags-development-because-tun-mahathir-was-lazy-abang-johari
Malahan, Ketua Penerangan U, Tan Sri Annuar Musa turut mempersoalkan tindakan Mahathir yang mendesak agar Perjanjian Malaysia 1963 dikaji semula ketika zaman pemerintahan Najib Tun Razak.
Ujar Annuar, Mahathir sewajarnya mengkaji perjanjian tersebut ketika beliau menjadi PM4 dahulu.
Menurutnya lagi, Mahathir tidak sepatutnya cuba memperbodohkan rakyat Sarawak dengan hendak mengkaji semula Perjanjian Malaysia.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/09/330839/sabah-sarawak-tidak-boleh-bernafas-pada-era-tun-m
Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Lina Soo pula berkata, kenyataan Mahathir yang mengatakan Sabah dan Sarawak menjadi lebih kaya selepas pembentukan Malaysia 1963 adalah seperti mencurahkan garam ke dalam luka rakyat kedua-dua negeri itu.
Ujar Soo, rakyat Sarawak khususnya belum 'buta' untuk melihat tahap kemiskinan di negeri itu, di mana penduduk kawasan pedalaman dan luar bandar tidak mempunyai akses bekalan air paip, elektrik, kebersihan, penjagaan kesihatan dan sekolah selepas lima dekad.
Tegasnya lagi, Mahathir gagal membangunkan Sarawak meskipun sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Sumber: https://dayakdaily.com/aspirasi-rebuts-dr-mahathirs-claim-that-sabah-sarawak-are-better-off-being-part-of-malaysia/
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut mendedahkan Mahathir tidak prihatin dengan nasib penduduk luar bandar Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah hanya menerima peruntukan sebanyak RM107.8 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 (RMKe-7) dan RM1.42 bilion di bawah RMKe-8 ketika pentadbiran Mahathir.
Secara perbandingan, ketika era pemerintahan Najib, sebanyak RM10.2 bilion diperuntukan di antara tahun 2011 dan 2018 menerusi RMKe-10 dan 11.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/407297/sabah-sarawak-pesat-selepas-era-tun-m
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengatakan Mahathir sering kali melayan Sabah dan Sarawak seperti 'anak tiri' menyebabkan kedua-dua negeri kurang membangun.
Abdul Karim mendakwa semua permintaan Sarawak untuk membina kemudahan seperti lebuh raya, sekolah, hospital, lapangan terbang dan beberapa projek lain ditolak mentah-mentah.
Beliau turut mendakwa Mahathir hanya berminat mengambil sumber asli Sabah dan Sarawak seperti minyak serta gas bagi menyokong projek mega di Semenanjung Malaysia seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Tambahnya lagi, sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah, tiada langkah untuk meningkatkan situasi ekonomi di Sabah dan Sarawak, sekali gus menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke Semenanjung Malaysia, Singapura malahan Asia Barat.
Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/05/sabah-and-sarawak-largely-ignored-during-dr-ms-time
Jelas menunjukkan Mahathir tidak mengendahkan pembangunan di Sarawak sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Mahathir seharusnya sedar tentang ‘kesilapannya’ terlebih dahulu sebelum mengkritik rakyat serta pemimpin Sarawak.
Jika ada pun usaha untuk membangunkan Sarawak, hanya sekadar untuk menguntungkan kroninya sahaja seperti kes Empangan Bakun.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/02/be-wary-of-cronies-analyst-tells-ph/
https://soscili.my/ting-pek-khiing-dari-empangan-bakun-ke-projek-rm30-bilion-langkawi/

Comments
Post a Comment