Sayang Betul Syed Saddiq Pada Mahathir!

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman begitu teruja apabila mengucapkan selamat hari jadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siap ada kapsyen berbentuk hati dalam ciapan berkenaan. Betul-betul sayang Syed Saddiq pada Mahathir.

Masakan tidak, Mahathir adalah mentor utamanya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Mahathir, semuanya disokong.

Mahathir buat itu, Syed Saddiq sokong. Mahathir buat ini, Syed Saddiq sokong.

Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/1546117960515088390?s=21&t=tfbYwUJPyOEAu2BbyeCfZA

Pada 2019, penceramah bebas terkemuka, Dr Zakir Naik pernah menerima kritikan kerana mengkritik masyarakat India dan Cina di negara ini.

Pada masa itu, Syed Saddiq menjadi wira untuk kedua-dua komuniti berkenaan dan menggesa Zakir dihantar pulang ke India.

Namun, sebaik sahaja Mahathir mengeluarkan kenyataan sudah 'memaafkan' Zakir, Syed Saddiq juga membuat pusingan U.

Beliau terus menjemput Zakir makan malam bersama-sama. Bukankah itu tindakan yang hipokrit daripada Syed Saddiq? Sekejap suruh hantar pulang, alih-alih ajak Zakir makan bersama pula?

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/489328

https://dayakdaily.com/dap-aziz-saddiqs-acceptance-of-zakir-is-the-ugliest-political-u-turn-ever/

Syed Saddiq pernah mengeluarkan kenyataan pada 2020 bahawa beliau akan menentang rasuah dan menggesa masyarakat Melayu supaya tidak mendekati perasuah.

Tahun ini, Syed Saddiq sendiri menjalani perbicaraan berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Cakap tidak serupa bikin. Lebih RM1 juta duit 'disonglap' oleh Syed Saddiq. Bukan sedikit ya jumlah berkenaan.

RM1 juta kalau digunakan untuk pembangunan ekonomi, terutamanya ketika fasa endemik Covid-19, sudah tentu banyak membantu rakyat.

Rakyat terpaksa meminta-minta wang KWSP dikeluarkan untuk kelangsungan hidup mereka, manakala Syed Saddiq bermewah-mewah dengan wang haramnya.

Sempat lagi melabur dalam ASB peribadinya!

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/513080

Mahathir pada tahun lalu menyatakan bahawa parti Pejuang akan terus mendukung usaha dalam mengurangkan jurang kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, di samping juga menjaga kebebasan dan kepentingan ekonomi bagi rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

Dakwanya, orang Melayu telah hilang kuasa ekonomi dan politik di negara ini dan harus dipimpin oleh beliau.

Namun realitinya, Mahathir sedang giat memperkukuhkan agenda liberalnya di seluruh negara, kita dapat lihat sendiri dengan anaknya Marina Mahathir yang merupakan penyokong kuat agenda liberal di Malaysia.

Saddiq pula merupakan individu yang 'memikul tanggungjawab' menyebarkan agenda liberal Mahathir di negara ini.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Saddiq menyatakan bahawa subjek keagamaan perlu dimansuhkan di dalam skema pembelajaran di universiti-universiti negara.

Menurut Saddiq, ia hanya membuang masa pelajar dan tidak mampu untuk menghasilkan graduan yang mampu untuk meraih peluang di pasaran pekerjaan.

Apakah logik di sebalik memansuhkan subjek keagamaan di universiti? Bukankah pelajar universiti sepatutnya mempelajari pelbagai bidang secara holistik?

Sumber: https://www.facebook.com/119783238701436/posts/855816145098138/

https://www.malaysiakini.com/letters/409931

Syed Saddiq sebelum ini dikecam teruk kerana mempertahankan Mahathir selepas kebanyakan pihak mendesak mentornya itu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Desakan itu dibuat selepas Mahathir didakwa mengingkari persetujuan bersama dalam Pakatan Harapan (PH).

Syed Saddiq mengatakan semua pihak yang cuba menjatuhkan Mahathir adalah sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agaknya Syed Saddiq begitu takut melihat Mahathir hilang kuasa. Masakan tidak, jika Mahathir berkuasa, sudah tentu tembelangnya tentang rasuah tidak akan timbul.

Namun malangnya buat Syed Saddiq, Mahathir bukan individu yang digemari oleh rakyat lagi.

Maka, Syed Saddiq pandai-pandailah untuk berdiri atas kaki sendiri.

Sebelum ini, Mahathir pernah menyatakan kesudian untuk menjadi kes perbicaraan rasuah Syed Saddiq. Namun batang hidung Mahathir juga tidak kelihatan di mahkamah.

Mesti Mahathir nak lepaskan tengkuknya sendiri dahulu. Mengapa perlu terbabit dengan 'budak hingusan' seperti Syed Saddiq?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/kes-syed-saddiq-saya-sedia-beri-kerjasama-sekiranya-dipanggil-sebagai-saksi-tun-mahathir-309736

https://sarawakvoice.com/2020/01/22/syed-saddiq-dikecam-kerana-terus-sokong-mahathir/

Dulu Syed Saddiq pernah menyatakan beliau bukanlah seorang peminat tegar Mahathir.

Namun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), segala-galanya berubah.

Syed Saddiq dan Mahathir menjadi sekutu rapat, semacam kedua-duanya menyimpan pelbagai rahsia yang sangat besar.

Namun, sama ada Syed Saddiq atau pun Mahathir, kedua-dua mereka hanya politikus yang mengambil kesempatan ke atas rakyat.

Baik Syed Saddiq mahu pun Mahathir, lebih baik anda berdua berundur daripada dunia politik sahaja.

Wajah anda berdua juga sudah jelik untuk rakyat lihat.

Comments