Kisah Seorang ‘Katak’ Bernama Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi buat 'hal'! Kali ini muncul sebagai penampilan khas atau 'cameo' dalam video klip penyanyi rap, Namewee bertajuk 'Katak'.

Tapi apa yang paling penting, banyak betul masa Syed Saddiq ya. Bukankah lebih elok masa yang ada itu digunakan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan isu rakyat terutamanya di kawasan Parlimennya?

Apakah Syed Saddiq beranggapan bahawa kehadirannya dalam video klip itu akan membuatkan orang ramai menyukai dia? Tidak, malahan, cemuhan diberikan kepada Syed Saddiq.

Apa sebenarnya cuba Syed Saddiq buktikan melalui penampilan khasnya itu? Nak membuktikan dia bukanlah 'katak politik' seperti dikatakan kebanyakan pihak?

Seorang aktivis, Ng Yap Hwa mengatakan Syed Saddiq sebelum ini juga pernah mengalu-alukan kehadiran 'katak politik' dalam Bersatu serta MUDA.

Adakah Syed Saddiq sudah lupa dengan tindakannya itu? Atau buat-buat lupa? Mari kita sama-sama ingatkan Syed Saddiq balik.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/632200

Syed Saddiq sebelum ini pernah mempelawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai Bersatu pada 2019 secara terbuka.

Dia tanpa segan silu mengajak KJ bersama-sama menggerakkan Malaysia maju ke hadapan menerusi ciapan Twitternya.

Malahan, dia juga mengatakan KJ patut mengikut jejak langkah pemimpin UMNO sebelum ini yang menyertai Bersatu.

Pujuk rayu habis! Sokong pula tindakan melompat parti ketika itu? Sekarang baru nak cakap tak sokong tindakan lompat parti? Masih lagi hipokrit depan rakyat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582021/syed-saddiq-pelawa-kj-sertai-bersatu

Syed Saddiq mengatakan dia adalah seorang individu yang berprinsip dan tidak akan membuat sesuatu perkara membuta tuli serta mendakwa 'katak politik' berada dalam kerajaan hari ini.

Adakah Syed Saddiq masih lupa bahawa dia antara 'manusia paling gembira' apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menyertai Bersatu?

Kena banyak makan kismis ini, banyak sangat Syed Saddiq lua apa yang pernah dia buat sebelum ini. Bahkan 'tweet' dia menyokong Mustapa dan Mas Ermieyati sudah dipadam daripada Twitter miliknya? Kenapa padam? Malukah?

Namun, tiada yang pelik tentang Syed Saddiq, semua apa yang dikatakan adalah bersifat populis semata-mata.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/05/29/syed-saddiq-panas-hati-dilabel-antara-ahli-parlimen-lompat-parti/

Syed Saddiq juga jangan lupa bahawa dia membawa masuk Nurainie Haziqah, seorang katak politik muda yang memang terkenal dengan pelbagai parti yang disertainya sejak 2018.

Rujuk sahaja gambar di bawah ini. Berapa banyak parti yang disertai oleh Nurainie dalam tempoh empat tahun.

Apa keperluan MUDA untuk serap masuk katak politik seperti Nurainie, yang sebelumnya tidak pernah membuat apa-apa sumbangan untuk rakyat Malaysia?

Ini langsung tidak menguntungkan rakyat, serta tidak mencerminkan wadah baru politik yang rakyat Malaysia perlukan.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/warisan-pejuang-muda-boleh-bentuk-kerajaan-baharu/

Ada baiknya Syed Saddiq mengotakan janjinya kepada penduduk Muar terlebih dahulu sebelum menghabiskan masa 'berseronok' menjalani penggambaran video klip mana-mana artis.

Janji Syed Saddiq untuk membina 1,000 buah rumah di Muar masih belum dilunaskan. Sampai sekarang, bayang tiang rumah pun tidak kelihatan.

Warganet masih terus-menerus meninggalkan komen di media sosial miliknya tentang janji itu sehingga kini. Syed Saddiq berkata, kalau beliau gagal bina 1,000 buah rumah, hukumlah beliau pada PRU akan datang.

Maaf Syed Saddiq, memang rakyat sudah menghukum anda pun. Anda sudah banyak kali 'kencing' rakyat dengan kata-kata manis. Tipu sekali boleh dimaafkan namun tipu banyak kali, rakyat sudah muak dan enggan percaya semua kata-kata anda.

Sumber: https://stg.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/03/syed-saddiq-janji-bina-1000-rumah-mampu-milik-di-muar/

Akhir-akhir ini, rancak Syed Saddiq di media sosial. Namun kali ini, dia cuba memecah stigma, kononnya ahli politik juga mempunyai 'bakat' dalam dunia hiburan.

Bak kata pepatah, 'Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak'. Masalah penduduk Muar masih banyak lagi belum diselesaikan namun Syed Saddiq galak 'enjoy'.

Kalau Syed Saddiq rasa mahu menikmati zaman mudanya dan berminat untuk menceburi bidang hiburan, dipersilakan letak jawatan. Ramai lagi sudi mengisi posisi anda.

Lepas ini, apa pula 'hiburan' yang cuba dipamerkan Syed Saddiq di hadapan rakyat? Tak sabar nak tunggu apa kisah seterusnya untuk Syed Saddiq.

Comments