Mukhriz Tak Layak Digelar Perdana Menteri Masa Depan

Baru-baru ini, parti Pejuang menggelarkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai 'Perdana Menteri masa depan'.

Nampak yakin para penyokong Pejuang sehingga menggelarkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Hendak tanya juga kepada mereka, apa sahaja rekod dalam karier politik Mukhriz yang boleh dibanggakan setakat ini?

Layakkah Mukhriz membimbing Malaysia selepas apa yang pernah terjadi di bawah pemerintahan bapanya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

Banyak persoalan sebenarnya perlu dirungkai dan dijawab sebelum Mukhriz mampu diangkat menjadi Perdana Menteri.

Sumber: https://twitter.com/PejuangTv/status/1572224831197970432

Cukup tengok bagaimana dua kali Mukhriz diguling di Kedah kerana gagal mentadbir negeri dan tidak mampu merencanakan rancangan untuk menjana ekonomi buat negeri itu.

Ketika rejim pemerintahan Mukhriz di Kedah yang pertama, rizab kewangan negeri itu merosot daripada RM208.94 juta pada 2013 kepada RM43.40 juta pada 2015.

Jumlah kutipan hasil Kedah juga menurun daripada RM518.3 juta pada 2013 kepada RM411.05 juta.

Jika di Kedah juga gagal menunjukkan 'track record' yang baik, apatah lagi kalau diberi peluang menjadi Perdana Menteri? Jahanam Malaysia.

Tambah-tambah sekarang negara menghadapi inflasi dan rakyat bergelut dengan pelbagai kenaikan harga barangan. Silap-silap makin merana rakyat kalau Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pengguguran-mukhriz-disebabkan-gagal-tadbir-negeri-rahman-dahlan-148629

Mukhriz dan macai-macai Pejuang kena sedar bahawa Mahathir yang membantu meletakkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Tanpa Mahathir, Mukhriz bukan sesiapa. Sebab itu, ramai menggelarkan anak-anak Mahathir seperti Mukhriz sebagai 'daddy-kasi' dan bukannya seseorang yang berdedikasi serta berdikari.

Hendak menyatukan parti juga gagal. Ada hati lagi mahu memimpin parti Pejuang. Jangan lupa kekalahan teruk Pejuang ketika PRN Johor sehingga hangus wang deposit calon.

Macai-macai Pejuang kena sedar kenapa rakyat tolak parti anda. Semuanya berpunca daripada Mahathir dan anak-anaknya seperti Mukhriz yang korup.

Banyak sahaja bukti-bukti penyelewengan yang dibuat tapi disebabkan Mahathir mempunyai proksi di sana sini, selamatlah mereka semua di dunia ini.

Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/article/189803/fokus/semasa/pejuang-kalah-semua-42-kerusi-majoriti-calon-hilang-wang-pertaruhan

https://therakyatinsight.com/jadi-mb-kedah-pun-gagal-dua-kali-mukhriz-tak-layak-cakap-pasal-anwar-ph/

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/01/116315/umno-kedah-hilang-kepercayaan-terhadap-mukhriz

Mukhriz pernah didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan.

Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'.

Jumlah RM13 juta mungkin hanya nilai yang kecil bagi Mukhriz, namun wang tersebut jika disalurkan untuk rakyat Kedah, banyak perkara yang boleh dibuat.

Pemberian subsidi, bantuan tunai kepada asnaf, bantuan kepada golongan B40 yang memerlukan. Pendek kata, begitu banyak faedah wang itu boleh digunakan sekiranya Mukhriz tidak songlap duit sebanyak itu!

Tergamak Mukhriz memenuhkan poket sendiri demi kepentingan peribadinya tanpa memikirkan soal rakyat? Sebab itu, macai-macai Pejuang perlu berhenti mengangkat Mukhriz sebagai Perdana Menteri masa depan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867009/rm13-juta-wang-mbi-kedah-dipindahkan-ke-kanada

Mukhriz juga sehingga kini menafikan penglibatannya dalam aktiviti pembalakan di Gunung Inas.

Bayangkan berapa ramai rakyat terpaksa menderita akibat aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan. Pada Julai lalu, banjir kilat telah menyebabkan ribuan penduduk di Baling terjejas.

Belum lagi dicampur beberapa kejadian yang menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan berkenaan sejak aktiviti pembalakan dijalankan.

Anehnya, aktiviti pembalakan di kawasan tersebut hanya berjalan dengan pesat ketika era pemerintahan Mukhriz.

Projek ladang rakyat yang dilaksanakan sebelum era pemerintahan Mukhriz buat kali pertama di Kedah juga dibatalkan atas alasan tidak munasabah.

Apa yang hendak dihairankan kalau menyebut tentang sikap Mukhriz? Biar rakyat menderita, asalkan nilai kekayaan beliau terus bertambah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/975329/kawasan-musang-king-dibalak-ketika-zaman-mukhriz

Macai-macai Pejuang seharusnya berfikir semula tentang pilihan mereka untuk menyokong Mukhriz. Sudah terang lagi bersuluh, Pejuang tidak akan mendapat sokongan rakyat.

Rakyat sudah muak menjadi mangsa kerakusan, ketamakan Mahathir dan kroninya.

Taburlah pelbagai janji manis, rakyat sudah tidak lagi termakan dengan kata-kata manis kerana serik ditipu lagi.

Cukuplah masa 22 bulan diberikan oleh rakyat kepada Mahathir, Mukhriz dan sekutu mereka. Mukhriz juga berhentilah mengharapkan sokongan bapa.

Anda sudah besar, sepatutnya sudah boleh berdikari tanpa bantuan bapa. Sebenarnya, anda juga tidak relevan lagi seperti Mahathir. Letaklah jawatan sebelum terlambat.

Comments