Pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Lim Wei Jiet seperti semua sedia maklum adalah seorang yang kerap menentang apa jua isu yang berbangkit di negara ini.
Salah satu isu yang pernah dibangkitkan adalah tentang hak atau keistimewaan golongan Bumiputera.
Wei Jiet sebelum ini membangkitkan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ratifikasi ICERD.
Isu-isu sebegini sememangnya mencetuskan naratif perkauman dalam kalangan rakyat negara ini khususnya golongan Bumiputera.
Penyertaan Wei Jiet dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sememangnya perlu diragui kerana tidak mustahil dia akan cuba 'menarik' apa jua hak Bumiputera sekiranya diundi menang kelak.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ge15-muda-announces-three-parliamentary-candidates-more-be-named-soon-388528
Wei Jiet merupakan Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).
Hakam sebelum ini menyambut baik cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Malaysia (ICERD).
Tahukah Wei Jiet bahawa ratifikasi ICERD hanya akan memberi impak lebih buruk?
Sudah tentu ia akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia, mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan peruntukan keistimewaan terhadap orang Bumiputera di negara ini, serta mencabar kedudukan Majlis Raja-Raja.
Sekiranya Wei Jiet rajin membaca Perlembagaan Malaysia, sila belek semula apa yang terkandung dalam Perlembagaan itu.
Perlembagaan Malaysia sudah pun menjamin hak-hak setiap warganegara, tidak mengira bangsa atau agama.
Tidak perlu menjadi batu api yang menghasut orang lain untuk mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.
Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/19/hakam-supports-ratification-of-icerd-denounces-recent-threats-of-racial-unrest/
Pada kempen Pilihan Raya Negeri Johor (PRN Johor), Wei Jiet yang merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah disalah guna dan perlu dijauhi.
Dakwanya, DEB membolehkan projek dan kuota diberikan semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya untuk golongan berada.
Untuk pengetahuan Wei Jiet, DEB dibentuk untuk menyeimbangkan semula struktur sosioekonomi Malaysia pada pasca-1969.
Kerajaan pada masa itu melihat jurang antara kaum semakin meluas terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
Majoriti besar penduduk berbangsa Melayu hidup di luar bandar, tiada pendidikan dan miskin.
DEB berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk Melayu dan Bumiputera sepanjang lebih 50 tahun polisi ini diperkenalkan.
Naratif dicetuskan Wei Jiet yang menggesa kita tidak melihat kepada warna kulit sememangnya adalah satu bentuk amaran bahawa sudah tiba masanya untuk penduduk Melayu tidak diberikan keutamaan menerusi polisi kerajaan.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/05/jauhi-deb-yang-berasaskan-kaum-kata-calon-muda/
Sekiranya DEB dimansuhkan, banyak kesan buruk bakal melanda golongan Melayu.
Antaranya, tahap miskin tegar dalam kalangan orang Melayu akan terus meningkat.
Berdasarkan statistik dikeluarkan pada 2021, komuniti Melayu terdiri daripada 58.4% penduduk Malaysia yang berstatus miskin tegar, berbanding dengan 4.5% masyarakat India dan 2.9% masyarakat Cina.
Apakah itu yang dimahukan oleh Wei Jiet? Seharusnya Wei Jiet lebih banyak memahami kesusahan ditanggung oleh rakyat.
Jangan membandingkan apa yang dilihat secara mata kasar oleh Wei Jiet. Jangan hanya kerana Wei Jiet melihat golongan Melayu di bandar memiliki kehidupan lebih selesa, dia mahu pukul rata nasib semua orang Melayu.
Cuba Wei Jiet lihat berapa ramai anak-anak muda Melayu terpaksa berkecimpung dalam sektor p-hailing untuk meneruskan kehidupan gara-gara sukar mendapatkan pekerjaan.
Lebih baik Wei Jiet membantah tindakan segelintir pihak yang meletakkan syarat perlu fasih berbahasa Mandarin sekiranya mahu memohon pekerjaan.
Atau Wei Jiet sebenarnya lebih mengutamakan kaum-kaum tertentu yang mendambakan lebih banyak dominasi dalam sektor ekonomi negara?
Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/11/11/65660-bumiputra-individuals-ventured-into-p-hailing-service-during-pandemic-says-survey
https://premium.sinarharian.com.my/article/153775/sinar360-/infografik/melayu-paling-ramai-miskin-tegar
Pengundi seharusnya membuat pertimbangan rasional untuk mengundi Wei Jiet.
Terang lagi bersuluh bahawa Wei Jiet sebenarnya mahu menghapuskan segala bentuk keistimewaan orang Melayu sekiranya diberikan mandat.
Pengundi Melayu perlu bersatu hati untuk mengundi calon lain yang tidak memainkan naratif negatif seperti Wei Jiet.
Agenda dibawa Wei Jiet hanya menguntungkan sesetengah pihak tertentu seperti dirinya sendiri.

Comments
Post a Comment