MUDA Dan Janji-Janjinya

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan penampilan pertama Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam edisi PRU di negara ini.

MUDA mempertaruhkan beberapa nama termasuk Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Persoalannya, sama ada MUDA mampu atau tidak untuk menarik sokongan orang ramai terhadap parti tersebut.

Syed Saddiq tidak memiliki rekod baik dalam soal menunaikan manifestonya yang dibentangkan ketika PRU-14.

Dia juga mempunyai kes mahkamah yang masih dibicarakan dan diperintahkan membela diri.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-syed-saddiq-pertahan-muar-389192

Syed Saddiq pada PRU-14 menjanjikan satu juta peluang pekerjaan sekiranya diberikan mandat.

Namun, berbeza senarionya selepas Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Kadar pengangguran belia meningkat kepada 10.92% pada 2018.

Kerajaan PH ketika itu memberi alasan, nilai berkenaan adalah normal memandangkan belia melalui fasa transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan.

PH juga menuntut golongan belia agar memantapkan jati diri dan melengkapkan ciri-ciri diinginkan oleh majikan untuk mendapatkan pekerjaan.

Syed Saddiq menjanjikan satu juta peluang pekerjaan, tetapi gagal dicapai sepanjang 22 bulan PH memerintah.

Tiada inisiatif yang jitu dilakukan oleh Syed Saddiq seperti membangunkan kawasan perindustrian atau meneroka pembangunan baharu untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia khususnya.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganggur-di-kalangan-belia-satu-fenomena-biasa-tun-m-212396

Syed Saddiq juga gagal menunaikan janjinya untuk membina rumah mampu milik di Muar.

Melihat kepada komen-komen di media sosial, manifesto tersebut sehingga kini menerima kecaman daripada warganet.

Syed Saddiq tidak melakukan sebarang usaha untuk membina 1,000 rumah yang dijanjikan di Muar.

Syed Saddiq seolah-olah cuba mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu itu kepada isu lain dengan membangkitkan permasalahan rumah terbengkalai di Bukit Kepong, Muar.

Meskipun Syed Saddiq tidak lagi menjadi kerajaan, usaha-usaha seperti membina rumah mampu milik masih boleh diteruskan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Tetapi sayangnya, Syed Saddiq tidak berusaha lebih keras untuk menunaikan janjinya.

Sumber: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1665971376815215/

Syed Saddiq berkata, MUDA dan PH mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan negara daripada kegawatan ekonomi pada tahun hadapan.

Syed Saddiq tidak memiliki pengalaman luas dalam tadbir urus ekonomi negara serta tidak mempunyai asas pengetahuan kepada sektor ekonomi.

Kegawatan ekonomi bukan berlaku disebabkan faktor dalaman, sebaliknya faktor luaran seperti kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya.

Untuk menangani isu sedemikian, banyak dasar atau polisi mesra rakyat yang perlu dijalankan bagi mengurangkan beban orang ramai.

Melihat kepada prestasi Syed Saddiq dalam kerajaan, masih jauh lagi untuk meletakkan dia dan mana-mana ahli MUDA dalam Kabinet kerajaan.

Malah, prestasi ekonomi di bawah PH juga tidak menunjukkan pertumbuhan positif serta hutang negara semakin meningkat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/ancaman-ekonomi-jika-ph-kembali-memerintah-azmin/

Secara tuntasnya, sentimen orang ramai terhadap Syed Saddiq dan MUDA berkemungkinan besar didorong oleh janji-janjinya yang gagal ditunaikan ketika ini.

Rakyat hanya mahukan seorang pemimpin yang boleh membawa aspirasi dan harapan orang ramai untuk memajukan serta membantu mereka.

Di peringkat nasional, Syed Saddiq dan MUDA masih belum terbukti untuk mengendalikan tadbir urus kerajaan.

Adalah lebih baik, Syed Saddiq memberi fokus kepada menunaikan janji lamanya di Muar terlebih dahulu.

Comments