Muhyiddin Gila Pangkat, Tak Boleh 'Move On'

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini seolah-olah seperti cacing kepanasan selepas tidak dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Beliau berulang kali menyatakan sudah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun YDPA menolak dakwaan berkenaan dan bertitah bahawa tiada sebarang dokumen diterima oleh pihak istana.

YDPA juga mencadangkan kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama semua parti namun ditolak mentah-mentah oleh Muhyiddin.

Muhyiddin sendiri memilih jalan sukar dan mahu menjadi pembangkang tetapi mengikut gayanya, beliau masih tidak berpuas hati.

Sumber: https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/3202579/malaysia-pm-anwar-muhyiddin-sharp-war-words-parliament-floor-test-nears

Muhyiddin perlu jelas tentang Perlembagaan Persekutuan dan bukan sewenang-wenangnya cuba mempersoalkan keputusan YDPA.

Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berhubung pelantikan Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pertimbangan YDPA mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Dalam situasi sesuatu gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi, soal pertimbangan YDPA tentang pihak yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat tidak pernah berbangkit.

Namun, kuasa YDPA selalunya hanya akan dilaksanakan dalam keadaan apabila tiada gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas seperti keadaan yang berlaku selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Maka, tidak wajar Muhyiddin 'menyindir' pihak istana dalam ceramahnya baru-baru ini. Tidak perlu mengaitkan mana-mana 'bumbung' dan ambil pendekatan untuk bersikap positif.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/12/07/muhyiddin-perlu-move-on-jangan-jadikan-istana-bahan-politik/

https://www.youtube.com/watch?v=0-TVBLED0yw

Timbul kemungkinan Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri kerana ingin menyembunyikan dakwaan salah laku menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion sewaktu kerajaan pimpinan beliau melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan sudah dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana berkenaan.

Anwar juga menegaskan pemberian wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) kepada rakyat, adalah duit rakyat sendiri.

Muhyiddin sebelum ini mengatakan pentadbirannya bersih, namun terpalit dengan isu penyelewengan dana sebesar itu.

Tidak mustahil Muhyiddin cuba menyembunyikan sesuatu, sebab itu beliau seolah-olah terdesak menjadi Perdana Menteri.

Malah, kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan ke-57 berbanding tangga ke-51 pada tahun sebelumnya sewaktu pemerintahan Muhyiddin.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-seleweng-rm600-bilion-muhyiddin-jangan-cabar-saya-pm-anwar-395341

Muhyiddin sebenarnya gagal sebagai Perdana Menteri selama 11 bulan memerintah negara.

Beliau gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik sehingga menyebabkan penilaian penarafan kedudukan kewangan Malaysia jatuh serta pertumbuhan ekonomi menguncup teruk.

Disebabkan itu, berjuta rakyat hilang pekerjaan, hutang negara bertambah malah kadar hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin meningkat.

Muhyiddin gagal mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada berjuta rakyat Malaysia yang menganggur ketika itu.

Fakta yang dibentangkan oleh Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berhubung pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah jatuh 68 peratus kepada AS$2.5 bilion pada 2020.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/hassan-kemuka-4-alasan-muhyiddin-gagal-tadbir-negara/

Muhyiddin sewajarnya perlu menerima apa jua keputusan YDPA.

Keputusan YDPA adalah yang terbaik untuk rakyat dan seluruh pentadbiran negara.

Muhyiddin tak usah terlalu mengejar pangkat dan kuasa, sebaliknya fokus kepada usaha membantu rakyat.

Status sebagai pembangkang bukan halangan untuk Muhyiddin terus menabur bakti kepada rakyat.

Buktikan kepada rakyat untuk memilih anda semula selepas lima tahun.

Comments