Retorik Politik Peribadi Abdul Hadi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kian menunjukkan kelantangan semenjak gagal menjadi kerajaan.

Naratif politik berbentuk perkauman sering dimainkan serta dibangkitkan di semua ucapannya.

Tindakan itu hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan rakyat kembali.

Malangnya tindakan Abdul Hadi cuba mengapi-apikan rakyat Malaysia sebenarnya tidaklah mengena.

Sebaliknya, rakyat lebih fokus kepada usaha kerajaan baharu dalam memulihkan semula ekonomi Malaysia yang bakal berdepan cabaran kian sukar pada 2023.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/05/polis-panggil-hadi-beri-kenyataan/

Abdul Hadi merupakan antara individu utama yang menyebar luas naratif bersifat kebencian, tidak boleh bertolak ansur, rasis dan memecah-belahkan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Fakta itu dibuktikan menerusi pemantauan media sosial oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Abdul Hadi dan PAS turut menggunakan taktik ‘red tagging’ untuk melemparkan tuduhan yang berterusan terhadap pihak lain.

Fakta berkenaan membuktikan Abdul Hadi terlalu obses dengan isu perkauman dan tidak berusaha untuk menyelesaikan isu rakyat seperti masalah ekonomi.

Abdul Hadi lebih berminat memperjuangkan agenda politik PAS berbanding mencari solusi untuk mengurangkan kesukaran ditanggung oleh rakyat ketika ini.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/644624

Antara matlamat penubuhan PAS adalah bagi memperjuangkan nilai Islam dan menyemai rasa perpaduan dalam kalangan rakyat bagi memelihara politik sihat.

Namun, tindakan Abdul Hadi yang sering mencetuskan retorik perkauman dan bersikap rasis tidak seiring dengan haluan matlamat penubuhan PAS.

Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa golongan bukan Islam dan Bumiputera merosakkan politik serta ekonomi negara.

Kenyataan seumpama itu bercanggah dengan imej PAS sebagai sebuah parti Islam.

Agama Islam tidak membenarkan tindakan memburukkan sesuatu kaum.

Kenyataan Abdul Hadi itu sememangnya tersasar jauh daripada perjuangan asal PAS serta hanya mencemarkan nama Islam.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/20/hadi-dakwa-bukan-islam-bukan-bumiputera-jadi-majoriti-perosak-politik-ekonomi-negara/

Naratif perkauman dan agama sebenarnya sukar untuk dipisahkan daripada PAS.

Hal itu kerana, naratif sedemikian mampu memberikan keuntungan kepada parti berkenaan daripada segi meraih sokongan rakyat.

Disebabkan itu, Abdul Hadi berterusan menggunakan naratif berkenaan untuk membidas pihak lain bagi memberi 'nilai tambah' kepada PAS.

Malangnya, percaturan sedemikian hanya mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pemimpin PAS sehinggakan tokoh seperti Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menarik diri daripada parti berkenaan.

PAS gagal untuk mengeluarkan idea yang bernas dalam menyelesaikan kesukaran rakyat yang kian membelenggu, terutamanya dalam era geopolitik dan krisis ekonomi tidak menentu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/13/hadi-obses-dengan-isu-perkauman-kata-anwar/

Abdul Hadi kononnya berpolitik atas dasar agama Islam tetapi sebenarnya didakwa menunggang agam demi kepentingan kuasa parti.

Malahan, Abdul Hadi semakin galak mengaitkan agama dengan politik peribadinya.

Abdul Hadi sepatutnya memperjuangkan kebajikan, meningkatkan taraf hidup serta sosioekonomi rakyat seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Abdul Hadi dan PAS lebih berminat untuk terus memainkan ideologi mereka sehingga kini.

Jangan terlalu rakus untuk mendapatkan kuasa tetapi mengabaikan tuntutan sebenar agama Islam.

Comments