Kroni Muhyiddin Dalang Seleweng Dana Kerajaan

Pekung Perikatan Nasional (PN) ketika era pemerintahannya terbongkar apabila seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Adam juga didakwa menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan pihak atasan tertentu, iaitu keparat yang berada di dalam PN.

Disember lalu, SPRM mengatakan fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 tertumpu kepada dana kerajaan bernilai RM92.5 bilion, yang dibelanjakan oleh PN.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/06/ceo-disyaki-dalang-agih-projek-runding-terus-kerajaan-pn-rm92-5-bilion-direman/

Adam terima komisen kira-kira 3 hingga 5 peratus daripada RM92.5 bilion. 3 peratus daripada nilai berkenaan bukan sedikit.

Nilainya berbilion, cukup makan minum bagi keluarga berpendapatan B40 selama berpuluh tahun.

Paling hebat, semua projeknya secara runding terus. Bukan calang-calang orang dapat projek kerajaan secara runding terus.

Sudah semestinya Adam mempunyai kabel besar sehingga mampu menerima keistimewaan sebegitu.

Adam merupakan Pengerusi Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN). Kalau tak tahu apa itu AkuPN, ia merupakan satu platform yang menampilkan tiga aplikasi khusus untuk belia ketika zaman PN.

Aplikasi itu pun gagal, laman media sosialnya tiada kemaskini sejak 2021. Tapi keparat seperti Adam tetap kenyang makan komisen dan habuan daripada AkuPN.

Sumber: https://www.facebook.com/akuPN.Official/

Sebenarnya, Adam ini bukan sebarangan orangnya. Dia merupakan sepupu kepada Adlan Berhan.

Siapa pula Adlan Berhan? Adlan pula menantu kepada bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Banyak projek kerajaan diberikan oleh Muhyiddin kepada Adlan.

Ketika zaman Pakatan Harapan (PH), Muhyiddin pernah membawa sehelai kertas cadangan daripada Adlan untuk dibentangkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berhubung projek menggantikan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN).

Selepas menjadi Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin membuka tender di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Syarikat milik Adlan menyertai tender tersebut tetapi bekerjasama dengan beberapa firma lain bagi mengelakkan identitinya diketahui.

Mestilah Muhyiddin mahu jaga nama baiknya juga. Kalau orang tahu Muhyiddin berselindung di sebalik topeng, tercalarlah imejnya.

Seperti dijangka, syarikat Adlan iaitu IRIS dipilih menerajui projek itu yang bernilai RM1.16 bilion.

Hebat perancangan Muhyiddin memberi kemewahan kepada kroninya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/521376/tukar-kp-imigresen-tiada-kaitan-pembatalan-kontrak-skin-muhyiddin

Retorik Melayu-Islam yang diperjuangkan oleh Muhyiddin hanyalah tipu muslihat semata-mata.

Retorik sebegitu tidak menarik sokongan rakyat terhadap PN. Rakyat lebih berminat untuk mengetahui perancangan kerajaan membantu mereka keluar daripada kesukaran hidup selepas pandemik Covid-19.

Masakan tidak, pemunggahan dana rakyat dan pengambilan syarikat-syarikat (GLC), tidak langsung mencerminkan PN mempertahankan hak Melayu-Islam.

Susulan itu, rakyat semakin sedar bahawa PN hanya mempergunakan slogan Melayu-Islam sebagai topeng.

Malahan, pendekatan Islam semakin terabai di bawah pemerintahan PN selepas skandal kartel daging, lebih banyak cabutan judi bulanan diadakan dan pertandingan ratu cantik diteruskan.

Sumber: https://selangorkini.my/2022/11/politik-perkauman-ancam-perpaduan-rakyat-amk-jawab-pemuda-pn/

Politikus seperti Muhyiddin bukanlah bersih seperti disangka oleh penyokong PN.

Muhyiddin gemar bermain emosi ketika berucap sewaktu sidang media ketika menjadi PM.

Namun, di belakang rakyat, Muhyiddin tamak dan lebih mengutamakan kroninya.

Memang wajar politikus seperti Muhyiddin diheret ke mahkamah kerana menyalahgunakan dana kerajaan untuk kroninya.

Rakyat sedang susah bergelut dalam situasi Covid-19 tapi Muhyiddin dalam diam mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

Comments