Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz mengumumkan dia akan menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) sehingga 27 Februari.
Pengumuman itu nyata mengejutkan kerana Amira Aisya masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Puteri Wangsa.
Sebagai seorang wakil rakyat, sepatutnya Amira Aisya sukar untuk ke luar negara atau meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan.
Tambahan pula, musim banjir di Johor sekarang ini. Boleh timbul kemungkinan kawasan Parlimennya dilanda banjir.
Amat janggal apabila wakil rakyat tiada di kawasan Parlimennya sendiri apabila mahu menghulurkan bantuan dan sebagainya.
Sumber: https://twitter.com/_amiraaisya/status/1621486552861016066
Kalau dilihat rekod semasa Amira Aisya, tiada apa-apa yang boleh dibanggakan sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen sejak Mac 2022.
Kalau diteliti, tiada kematangan yang ditonjolkan oleh Amira Aisya sejak dipilih menjadi wakil rakyat.
Amira Aisya sibuk mengkritik kawasan Parlimen lain, walhal Puteri Wangsa juga mempunyai banyak isu berbangkit yang perlu diselesaikan.
Pencemaran kronik Sungai Tebrau yang merupakan sungai ke-53 tercemar di dunia masih belum diselesaikan.
Sultan Ibrahim pernah bertitah sejak 2017 bahawa Baginda cukup kesal dengan pencemaran Sungai Tebrau tersebut.
Isu penduduk setinggan di kawasan Sungai Tebrau yang tinggal di kawasan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selama 23 tahun turut tidak diselesaikan.
Isu bau busuk loji kumbahan najis Taman Sinaran Kempas yang mengganggu 500 keluarga selama 22 tahun juga belum diselesaikan.
Mengapa hendak sibuk masalah orang lain, jika masalah sendiri belum diselesaikan?
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/940308/loji-kumbahan-rosak-500-keluarga-hidu-bau-busuk-sejak-22-tahun-lalu
Pada Mac 2022, berlaku kebakaran di Felda Ulu Tebrau, menyebabkan lima premis perniagaan hangus dan mangsa hilang harta benda serta sumber pendapatan.
Namun, Amira Aisya yang baru diundi menjadi wakil ADUN Puteri Wangsa memberi alasan tidak munasabah ketika rakyat meminta pertolongan daripadanya.
Bayangkan, alasan yang diberi adalah 'YB belum mengangkat sumpah'.
Bukankah itu satu kenyataan bersifat lepas tangan? Hanya selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turun padang meninjau lokasi kebakaran, barulah Amira Aisya 'terhegeh-hegeh'.
Itu adalah satu tindakan tidak profesional daripada seorang wakil rakyat yang dilantik dan dipilih oleh rakyat.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/939103/sultan-johor-biayai-kos-bina-semula-gerai-terbakar
Amira Aisya mendakwa kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bukti bahawa pengundi sudah boleh menerima idea MUDA yang mengetepikan perbezaan kaum.
Amira Aisya jangan tipu rakyat dengan kenyataan seumpama itu.
Kerusi Puteri Wangsa pada asalnya adalah milik DAP yang diberikan kepada MUDA. Jangan pula Amira Aisya lupa tentang itu.
Kemenangan Amira Aisya banyak dibantu oleh pengundi DAP.
Jika benar MUDA memperjuangkan isu perkauman, mengapa pengasas MUDA seperti Lim Wei Jiet menjadi antara individu yang lantang mahu ICERD dilaksanakan?
Tak usah temberang rakyat. Rakyat masih cerdik menilai kenyataan dangkal seperti itu.
Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/19/hakam-supports-ratification-of-icerd-denounces-recent-threats-of-racial-unrest/
Amira Aisya tidak wajar meninggalkan kawasan Parlimennya melainkan atas urusan penting seperti hal ehwal negara dan sebagainya.
Rakyat mengundi Amira Aisya untuk dia menyelesaikan pelbagai isu penduduk.
Dia tidak sepatutnya menyerahkan tugas-tugas wakil rakyat kepada pasukannya.
Kalau Amira Aisya lebih mementingkan program berbentuk peribadi berbanding soal kebajikan rakyat, tiada guna pegang jawatan Ahli Parlimen.
Rakyat sudah beri peluang, tapi perbuatan seperti ini dibalas oleh Amira Aisya.

Comments
Post a Comment