Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menafikan pendakwaan terhadap dirinya.
Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Syed Saddiq dihadapkan ke mahkamah sejak 2021 dan telah melalui beberapa siri perbicaraan membabitkan kesemua pertuduhan berkenaan.
Dia sering kali mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut namun bukti-bukti jelas menunjukkan sebaliknya.
Beberapa keterangan yang diberikan oleh Syed Saddiq kerap bercanggah dengan keterangan saksi di mahkamah.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1067859/pendakwaan-terhadap-saya-bermotif-politik-dendam-syed-saddiq
Syed Saddiq mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memujuk dia untuk menyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan pendakwaan terhadap dirinya.
Adakah Syed Saddiq cuba menjadikan pegawai berkenaan sebagai ‘kambing hitam’ terhadap perbuatan yang dilakukannya?
Tolonglah, Syed Saddiq. Jangan beri banyak sangat alasan tidak munasabah.
Kalau benar ada cubaan ugutan, mengapa mengaku tidak memberitahu apa-apa kepada Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali dan Penolong Setiausaha ARMADA, Ahmad Redzuan Mohamed tentang pemindahan wang berjumlah RM120,000 daripada Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke dalam akaun miliknya?
Mengapa masukkan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya?
Tiada siapa suruh Syed Saddiq berbuat demikian melainkan dirinya sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh, pegawai SPRM tiada kena-mengena dengan sebarang ugutan membabitkan Muhyiddin atau mana-mana pihak lain.
Tak usah cari alasan bodoh untuk menyelamatkan diri sendiri.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pegawai-sprm-pujuk-syed-saddiq-sokong-muhyiddin/
Syed Saddiq memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak pernah mengarahkan Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan membuat pengeluaran RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Pusat.
Dia mendakwa tidak pernah berbincang dengan Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan serta berbincang secara spesifik tentang pengeluaran wang berkenaan.
Ahmad Redzuan sebelum ini bagaimanapun mengatakan Syed Saddiq mengarahkan dia serta Rafiq Hakim untuk mengeluarkan wang berkenaan kerana bimbang berlaku pertukaran pucuk pimpinan Armada dan mahu mengukuhkan kedudukannya sebagai Ketua Armada Bersatu.
Malahan, Syed Saddiq didakwa tidak memberitahu sama ada pengeluaran wang itu mendapat kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu atau sebaliknya.
Sangat bercanggah keterangan diberikan oleh Syed Saddiq. Ahmad Redzuan turut memberikan nombor akaun milik Bersatu kepada mahkamah sebagai bukti.
Syed Saddiq masih mahu berdalih lagi? Bukti sudah diberikan kepada mahkamah. Apa yang cuba Syed Saddiq sembunyikan daripada mahkamah?
Sumber: https://www.agendadaily.com/isu-semasa/syed-saddiq-arah-keluar-tunai-rm1-juta-dari-bank-saksi-pendakwaan/
Keterangan Ahmad Ridzuan dikuatkan dengan bukti yang diberikan oleh SPRM.
Penguasa Kanan SPRM, Mohd Syahmeizy Sulong sebelum ini mendedahkan arahan pengeluaran RM1 juta itu dibuat selepas rumah Syed Saddiq digeledah pada 31 Mac 2020 membabitkan siasatan kehilangan RM250,000 dari kediamannya.
SPRM mendedahkan sebanyak RM650,000 diberikan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari manakala RM250,000 diserahkan kepada ahli BERSATU, Muhammad Naqib Ab Rahim.
Syed Saddiq juga didakwa disyaki bersubahat dengan dua individu berhubung kehilangan wang di rumahnya.
Ujar polis, hanya Syed Saddiq dan dua individu tersebut mengetahui kata laluan peti besi iaitu tempat simpanan wang tersebut.
Malahan, polis mengatakan hanya cap jari Syed Saddiq ditemukan pada kawasan sekitar peti besi itu.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/625688
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20220721/281749863087168
Syed Saddiq masih mahu mengatakan pendakwaan terhadap dirinya adalah bersifat dendam politik dan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam?
Mengaku salah sajalah, Syed Saddiq. Bukti sudah terang-terangan tidak memihak kepada anda.
Selagi perbicaraan berterusan, selagi itu lebih banyak pekung anda terbongkar.
Jangan mengata orang lain tentang sakau duit rakyat. Cermin diri sendiri, kerana Syed Saddiq juga kaki sakau duit.
Comments
Post a Comment