Abdul Hadi Berdegil, Matlamat Tak Halalkan Cara


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) baru-baru ini melarang ahli politik daripada memberi ceramah di masjid dan surau di negeri berkenaan.

Menurut MAIDAM, kedua-dua tempat ibadah tersebut tidak boleh dijadikan sebagai platform penyebaran agenda politik.

Langkah dilaksanakan oleh MAIDAM amat berasas kerana masjid dan surau merupakan rumah Allah yang perlu dijaga dengan baik.

Jika ceramah politik dibenarkan di masjid dan surau, timbul pelbagai isu termasuklah fitnah.

Namun, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan mahu terus memberi ceramah di masjid dan surau kerana mendakwa perbuatan itu tidak salah.

Sumber: https://malaysiadateline.com/semua-kepimpinan-dan-aktivis-parti-politik-dilarang-beri-ceramah-di-masjid-surau-terengganu/


Ceramah bentuk politik bukan sahaja terhad di masjid atau surau, tapi banyak lagi tempat boleh dijadikan ruang untuk berceramah.

Abdul Hadi boleh sahaja menempah dewan orang ramai, padang bola sepak atau stadium misalannya untuk membuat majlis ceramah.

Mengapa hendak menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk menyebarkan agenda politiknya?

Mengapa perkara yang mudah untuk dilakukan namun Abdul Hadi tetap berfikiran cetek?

Banyak kemudahan atau fasiliti lain yang boleh digunakan oleh Abdul Hadi. Jangan memberi alasan terlalu dangkal untuk menghalalkan cara.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/657335


Masjid dan surau berperanan sebagai hab atau pusat keagamaan masyarakat setempat.

Kalau Abdul Hadi mahu terus mencemari tujuan sebenar masjid atau surau dibina untuk masyarakat Islam, maka hilanglah nilai sebenar masjid serta surau.

Abdul Hadi seolah-olah mahu mempergunakan tempat ibadah yang suci untuk kepentingan peribadinya.

Sewajarnya sebagai individu beragama Islam, Abdul Hadi menjaga imej dan nilai masjid serta surau.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/227412/edisi/johor/tidak-boleh-ceramah-politik-di-masjid-surau


Kenyataan Abdul Hadi dilihat bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan oleh PAS pada 2017.

Pas ketika itu menerusi Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masjid tidak boleh disalah guna sebagai pentas untuk ceramah politik.

Kali ini, lain pula ceritanya. Apakah disebabkan disekat untuk tidak lagi boleh berceramah di masjid dan surau, PAS 'u-turn' kenyataan mereka?

Jangan menggunakan agama sebagai agenda politik peribadi sehingga mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Tidak pelik untuk PAS memusing fakta kerana sudah banyak kali kita lihat PAS sering berbuat demikian untuk 'menyelamatkan' diri sendiri.

Atas dasar itu, masyarakat tidak lagi melihat PAS sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan nilai Islam.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tak-sepatutnya-masjid-dijadikan-pentas-ceramah-politik-mohd-amar-144544


Jika PAS mahu benar-benar memperjuangkan Islam, jangan berbolak-balik.

Rakyat kini lebih melihat PAS sebagai parti yang hanya memperjuangkan agenda peribadi berbanding tujuan asal penubuhannya.

Paling tidak pun, tolonglah menjaga imej Islam di negara ini.

Jangan keluarkan kenyataan dangkal yang boleh memburukkan imej Islam di Malaysia.

Gunakan pengaruh yang ada untuk memberi imej baik kepada kaum lain tentang Islam.

Comments