Annuar Zaini 'Raja Tidak Berpangkat'


Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini bukanlah politikus yang sentiasa kita lihat di media massa atau elektronik.

Apabila berlaku sesuatu isu penting melibatkan Perak, barulah wajahnya terpampang di dalam media.

Mohd Annuar ini bukan asing dalam kancah politik negara.

Mana-mana veteran politik sudah pasti mengenalinya.

Tidak ramai mengenali namanya dan tiada banyak berita tentang Mohd Annuar ini untuk diceritakan.
Selain menjadi Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Namun, tidak ramai tahu dia juga pernah menjadi pengarah syarikat kepada Berjaya Group milik Vincent Tan.

Berjaya Group turut memiliki saham syarikat judi iaitu Sports Toto.

Bagaimana Mohd Annuar yang merupakan seorang beragama Islam boleh menerima jawatan berkenaan?

Apakah Mohd Annuar tidak tahu apakah hukumnya menerima gaji melalui sumber yang tidak halal?

Mohd Annuar sebelum ini dikhabarkan pernah membela anjing di rumahnya dan mengamalkan gaya hidup liberal.

Bagaimana seorang individu liberal boleh diberikan jawatan sebagai Yang Dipertua MAIPk?
Mohd Annuar ini adalah dalang kepada pelbagai isu konflik politik di Perak khususnya.

Konflik politik Perak pada 2009 menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa meletakkan jawatannya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak, mendesak agar Mohamad Nizar meletakkan jawatan dikhabarkan merupakan perancangan teliti Mohd Annuar untuk mencampuri urusah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walhal, pihak istana tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan dalam sebarang hal ehwal DUN.

Segelintir pihak menyebut Mohd Annuar sebagai 'Sultan tidak berpangkat' di Perak kerana pengaruhnya yang luas di negeri itu.

Sehinggakan khutbah Jumaat juga dikawal oleh Mohd Annuar di Perak.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/123990


Kerajaan Perak baru-baru ini kalah dalam kes kecuaian yang mengakibatkan seorang lelaki mengalami kecederaan ketika berbasikal sewaktu melalui bonggol di laluan dari Kampung Kening ke Jalong Tinggi di negeri berkenaan.

Bidang kuasa jalan raya itu berada di bawah kerajaan Perak dan sewajarnya kerajaan negeri itu bertanggungjawab terhadap kecederaan dialami oleh plaintif.

Menurut plaintif, pembinaan bonggol itu dibuat oleh individu yang tidak diketahui dan tiada papan tanda amaran diletakkan di sepanjang laluan.Mohd Annuar sepatutnya mengambil maklum tentang permasalahan tersebut sebagai Ahli Dewan Negara dan memberi fokus kepada isu-isu rakyat.

Banyak lagi isu berbangkit yang wajar diselesaikan dan diambil perhatian oleh Mohd Annuar.

Jangan terlalu sibuk untuk campur tangan dengan politik negara sehingga terabai isu dalam negeri sendiri.

Sumber: https://paultan.org/2023/03/27/ipoh-cyclist-wins-case-against-sungai-siput-council/


Sekiranya Mohd Annuar beri sebarang kenyataan di dalam media, tak usahlah percaya kata-katanya.

Mohd Annuar ini ibarat lidah bercabang dua, seperti Mr Jekyll dan Hyde.

Bertopengkan dua sisi, di hadapan orang ramai memakai songkok tapi di belakang, dialah perancang kepada konflik politik negara khususnya di Perak.

Masa akan tiba apabila orang ramai mengetahui apakah wajah sebenar Mohd Annuar.

Comments