Naratif Melayu Mahathir Hanya Pembohongan


Pada 3 Mei lalu, beberapa pemimpin pembangkang telah menandatangani Proklamasi Melayu yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Proklamasi Melayu mengandungi 12 perkara yang menyentuh isu-isu orang Melayu.

Namun, Proklamasi Melayu itu didakwa menjadi agenda peribadi Mahathir untuk menjatuhkan atau menggulingkan Kerajaan Perpaduan.

Retorik Melayu yang dibawa oleh Mahathir hanya 'wayang' semata-mata.

Mahathir turut dikecam kerana mengatakan Melayu gagal dan mundur sejak berdekad lamanya.

Dia sepatutnya sedar bahawa kegagalan dan kemunduran komuniti Melayu berpunca daripada tindakannya sendiri sewaktu memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/proklamasi-melayu-tanda-tun-m-pernah-pinggir-melayu/


Kemiskinan dalam kalangan komuniti Melayu ketika zaman Mahathir gagal diselesaikan dengan baik.

Walaupun Mahathir banyak memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi semasa era pemerintahannya, namun banyak pihak mengkritik dia gagal menyelesaikan masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dia banyak memberi tumpuan kepada projek-projek mega kerana Mahathir mahu dunia kagum dengan projek mega yang dibina oleh Malaysia. Apa saja binaan yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terhebat, mesti berada di Malaysia.

Selain itu, Mahathir percaya dengan pembinaan projek-projek ini kononnya akan merancakkan kegiatan ekonomi Malaysia.

Namun, tiada guna memiliki bangunan yang besar dan mewah tetapi masyarakat Melayu khususnya masih tinggal di rumah-rumah kos rendah dan setinggan di tengah ibu kota Malaysia.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/52766


Mahathir banyak memperkenalkan polisi untuk orang Melayu namun Mahathir dikritik kerana mengamalkan kronisme khususnya dalam projek-projek kerajaan.

Mahathir dikatakan hanya memberikan kekayaan kepada segelintir golongan kaya seperti anak-anaknya.

Di samping itu, Mahathir gagal membangunkan ekonomi yang lebih baik buat orang Melayu di kawasan luar bandar.

Walaupun beberapa program pembangunan cuba diperkenalkan oleh Mahathir, masyarakat Melayu di luar bandar masih berasa terpinggir dan jurang ekonomi dengan kaum lain semakin jauh.

Tambahan pula, masyarakat Melayu tidak mendominasi ekonomi Malaysia, sebaliknya kaum lain disebabkan oleh ketidakadilan yang dicetuskan oleh Mahathir sejak sekian lama.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/621690

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk


Penyebaran agama Islam menjadi salah satu kegagalan Mahathir membabitkan masyarakat Melayu di negara ini.

Mahathir dikritik kerana gagal memberikan perhatian sewajarnya kepada perkembangan dan penyebaran agama Islam di Malaysia.

Ada pengkritik yang berpendapat bahawa Mahathir seharusnya memberikan tumpuan kepada pembinaan institusi Islam yang lebih kukuh dan menyokong usaha-usaha memperkuatkan agama Islam dalam kalangan orang Melayu.

Sebaliknya, Mahathir didakwa lebih cenderung untuk memperjuangkan agenda liberalnya.

Meskipun Mahathir cuba untuk memperjuangkan isu agama Islam namun keadaan sebaliknya berlaku dalam kelompok keluarganya sendiri.

Cucunya terang-terangan didakwa menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) dan pernah ditahan minum arak.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/08/31/marina-tegur-azizah

https://www.malaysia-today.net/2020/08/26/cucu-mahathir-di-tangkap-langgar-pkpp-mabuk/


Mahathir seharusnya lebih fokus dalam memperjuangkan nasib orang Melayu ketika menjadi Perdana Menteri dan bukannya baru hendak bersuara selepas tidak lagi menerima sokongan orang ramai.

Tidak guna melaungkan konsep Bangsa Malaysia seperti yang pernah dibawa oleh Mahathir sebelum ini, namun masyarakat Melayu masih ketinggalan berbanding kaum-kaum lain dalam soal pembangunan negara.

Kegagalan Mahathir memperjuangkan orang Melayu menyebabkan orang Melayu merasa tidak adil dan terpinggir. Disebabkan itu, orang Melayu tidak lagi mempercayai naratif perjuangan Melayu yang dibawa oleh dia.

Cukup-cukuplah Mahathir mempergunakan nama orang Melayu untuk kepentingan peribadi. Masyarakat Melayu kian bijak untuk menilai mana kaca atau permata.

Sudah terlambat untuk Mahathir meratib atau membangkitkan sentimen perjuangan Melayu buat masa kini.

Comments