Empayar Anak-Anak Mahathir Yang 'Kotor'


Sekiranya ada teka-teki tentang empayar melibatkan keluarga yang paling berjaya di Malaysia, pasti ramai akan menjawab 'empayar keluarga Mahathir'.

Selain Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki kekayaan berlipat kali ganda seperti dilaporkan oleh sebuah portal antarabangsa sebelum ini, anak-anaknya juga tidak kurang hebatnya.

Anak perempuannya, Marina dikhabarkan memiliki 52 syarikat dengan aset sebanyak RM9 Billion.

Perkara sama melibatkan ketiga-tiga anak lelakinya. Mirzan memiliki 156 syarikat dengan aset bernilai RM17 billion.

Mokhzani pula memiliki 255 syarikat dengan aset RM21 billion manakala Mukhriz pula memiliki 128 syarikat dengan aset bernilai RM13 billion.

Apabila dihitung secara kasar, kekayaan keluarga Mahathir secara keseluruhannya adalah kira-kira AS$44 billion.

Taikun-taikun besar dalam kalangan golongan Cina di negara ini memerlukan tempoh masa sehingga dua hingga tiga generasi untuk membina empayar mereka.

Namun, Mahathir hanya memerlukan tempoh masa satu atau dua dekad sahaja untuk memastikan anak-anaknya berstatus kaya-raya.

Sebelum ini, Mahathir mengatakan dia tidak sesekali mengamalkan pendekatan nepotisme dalam pentadbirannya selama dua dekad sebagai Perdana Menteri.

Namun baru-baru ini, tular penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Opcom Holdings Berhad dimiliki oleh Mukhriz serta isterinya dan Mokhzani.

Mahathir memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Mahathir cuba tipu siapa? Sudah terang lagi bersuluh, Mahathir menggunakan kelebihannya untuk menjaga periuk nasi anak-anaknya.

Mirzan yang dikatakan memiliki aset bernilai RM17 bilion pernah terpalit kontroversi apabila Mahathir pernah 'bail out' Konsortium Perkapalan milik Mirzan pada 1990-an menerusi Petronas bernilai AS$220 juta (RM972.7 juta).

Mirzan juga dikatakan menerima pemilikan saham bernilai RM108.5 juta daripada Diperdana Corp yang merupakan milik adik kepada kroni rapat Mahathir iaitu Danny Tan.

Selain itu, Mirzan juga merupakan pemegang saham serta pengarah syarikat M Ocean Capital Sdn Bhd (MOCSB).

Dia juga pernah menjadi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif AHB Holdings Berhad sebelum menjual semua sahamnya dalam syarikat berkenaan pada 2013.Mirzan turut terpalit kontroversi dia mempunyai ekuiti saham dalam syarikat pegangan Petron Malaysia di Filipina, San Miguel Corporation namun dinafikan oleh pihaknya.

Wujud bukti bahawa Mirzan merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina dan dipilih sebagai pengarah syarikat berkenaan pada 2010 serta memegang 1,000 ekuiti.

Sumber: https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500?fbclid=IwAR2JevyAnX4NAECC13BA02c4eQ-UGaqBHrwsNlwi9TVZIkSGvmrh7TqJk2Q


Mokhzani pula pada 1997 merupakan pemegang saham terbesar di Hospital Pantai selepas membelinya daripada Kumpulan Berjaya yang dikendalikan oleh Vincent Tan.

Mokhzani kemudiannya secara tiba-tiba mengumumkan dia akan berhenti daripada dunia korporat kerana tidak mahu mencemarkan nama baik Mahathir pada 2001.

Namun Mokhzani secara senyap-senyap menubuhkan kumpulan Kencana pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.

Syarikat itu kemudiannya dianugerahkan lesen fabrikasi (Offshore Structures) utama oleh Petronas pada tahun 2002.

Kencana Petroleum adalah salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen di Malaysia yang diberikan lesen pada masa itu.

Pada 2003, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya dilantik sebagai penasihat Petronas.

Mokhzani diisytiharkan sebagai orang ke-9 terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan syarikat Kencana Petroleum yang kian naik.

Sumber: : https://www.malaymail.com/news/money/2014/02/20/as-rich-get-richer-mokhzani-breaks-into-billionaires-top-10/621851?fbclid=IwAR2sEFEf50rzdURqibI_RUnop1TvvOSKKoheshZ6F3zLbZ3_g1Z4icjzU_Q


Marina merupakan aktivis yang memperjuangkan hak asasi manusia seperti LGBT dan liberalisme.

Dia pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Aids Malaysia dan menjadi ahli lembaga pertubuhan bukan kerajaan, Sister In Islam.

Pertubuhan itu dikatakan memperjuangkan hak wanita beragama Islam namun terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dituduh sebagai pertubuhan yang terpesong matlamatnya.

Marina turut pernah memegang jawatan tertinggi dalam Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Bukan itu sahaja, Marina juga menjadi pemegang amanah Maybank Foundation, sebuah platform utama untuk menjalankan tanggungjawab korporat dalam Maybank Group.

Selain memegang pelbagai jawatan, dia juga memiliki syarikat-syarikat seperti Boost Juice Sdn Bhd dan Wild Horizon Sdn Bhd.

Sumber: https://says.com/my/seismik/cerita-penuh-disebalik-pengharaman-gerakan-sisters-in-islam-sis-apa-sebenarnya-terjadi


Mahathir sangat 'berbangga' dengan anak-anaknya meskipun semua kekayaan mereka disuap oleh Mahathir.

Pada masa sama, Mahathir mengutuk golongan Melayu yang disifatkannya sebagai pemalas dan sebagainya.

Mahathir kena sedar satu perkara, apa akan jadi kepada anak-anaknya jika dia tidak menjadi Perdana Menteri?

Hidup ini umpama roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.

Jangan terlalu riak, Mahathir. Tidak mustahil kekayaan anak-anaknya boleh hilang sekelip mata sahaja.

Comments