Papagomo Tabur Fitnah, Tiada Kredibiliti


Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai Papagomo sering dikritik oleh kebanyakan pihak kerana sering mengeluarkan kenyataan yang dianggap kontroversi dan berpotensi memecahbelahkan rakyat.

Papagomo kerap menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan fitnah atau kandungan yang tidak berasas.

Dia juga mempromosikan pendirian politiknya yang disifatkan berbahaya kepada orang ramai.

Banyak isu-isu kontroversi yang membabitkan Papagomo dan ramai netizen sering kali menghentam dia di media sosial.

Papagomo bukanlah ahli politik yang hebat, malahan hanya 'ikan bilis' dalam dunia politik tetapi lebih banyak mencetuskan sensasi untuk menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat.

Baru-baru ini, akaun TikTok Papagomo disekat oleh syarikat media sosial tersebut.

Ada pihak mendakwa kerajaan menyekat akaun berkenaan. Kerajaan sudah menafikan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang akaun TikTok atau mana-mana akaun media sosial.

Tak perlu wujudkan naratif bahawa kerajaan sengaja menyekat akaun TikTok Papagomo atau mana-mana pihak.

TikTok berhak untuk menyekat sebarang akaun penggunanya yang memuat naik kandungan melanggar garis panduannya.

Cuba lihat kembali kandungan milik Papagomo. Banyak tabur fitnah sana sini, mahu mencetuskan situasi huru-hara dalam kalangan rakyat.

Kandungan videonya juga tidak berasas, tiada fakta sahih. Banyak merapu tentang pendirian politiknya.

Memang wajar akaunnya disekat oleh TikTok. Tidak perlu menyalahkan kerajaan, sebaliknya pihak yang mempertahankan Papagomo itu, nasihatkan Papagomo agar membuat kandungan lebih bermanfaat.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/268548/berita/nasional/kerajaan-tiada-kuasa-sekat-akaun-tiktok---saifuddin


Papagomo memang dikenali sebagai seorang yang mahu mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Salah satu kes yang popular adalah dia ditahan selepas menyebarkan sekeping gambar mangsa kemalangan tetapi mendakwa merupakan mangsa insiden rusuhan Low Yat pada 2015.

Walhal, insiden rusuhan di Low Yat itu adalah akibat kes kecurian seorang individu di salah sebuah kedai telefon bimbit.

Ketika ini, dia bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung untuk memperjuangkan Proklamasi Melayu yang didakwa demi kebaikan komuniti Melayu.

Sedangkan Mahathir sendiri gagal memperjuangkan orang Melayu sejak berdekad lamanya dan bekas Perdana Menteri itu juga yang memecah belah komuniti Melayu apabila kerap melompat parti selain mengkritik orang Melayu.

Besar impaknya kepada Malaysia kalau Papagomo kerap memainkan sentimen perkauman.

Apa yang Papagomo akan peroleh dengan bermain sentimen perkauman? Perjuangan untuk orang Melayu sangat meluas.

Perlukah melaga-lagakan antara kaum di Malaysia semata-mata kepentingan politik peribadi?

Mengapa tidak menyemai atau menyampaikan mesej perpaduan kepada rakyat Malaysia? Bukankah itu lebih baik.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/07/15/papagomo-ditahan


Mungkin ramai tidak tahu, Papagomo ini bekas anggota polis tetapi dikatakan memiliki kes rasuah sehingga dibuang.

Bagaimana bekas anggota polis yang memiliki kes rasuah masih berani berbicara soal politik sedangkan dia tidak mempunyai kredibiliti?

Masuk UMNO pun digantung keahlian selama enam tahun. Terlalu banyak masalah disiplin dalam apa jua organisasi.

Selepas digantung oleh UMNO, hasut pula orang ramai untuk undi PAS dan Perikatan Nasional.

Kalau buat hal dalam PAS, dia nak hasut orang ramai undi parti apa pula nanti? Tidak perlu percaya manusia 'lalang' seperti Papagomo.

Jangan terima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Papagomo kerana dia juga tidak terbukti kredibilitinya dalam politik.

Kerap kali mencetuskan kontroversi dan cuba mewujudkan 'undang-undangnya' sendiri.

Aktivis politik seperti Papagomo memang wajar ditolak kerana pendekatan politiknya tidak sesuai untuk ditatap khususnya anak muda.

Mengapa perlu terus sokong aktivis politik yang mencetuskan sentimen perkauman, pergaduhan dan sebagainya seperti Papagomo?

Selagi ada yang menyokong, selagi itu Papagomo akan terus 'berleluasa' di media sosial.

Rakyat perlu boikot individu seperti Papagomo demi keharmonian iklim politik negara.

Comments