Ramai sedia maklum situasi semasa ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ini.
Bukan sahaja terpalit dengan skandal wang tapi turut melepaskan jawatannya sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Imejnya sebagai pemimpin muda sudah tercalar dan ramai mengecamnya kerana bersikap hipokrit.
Politikus yang sanggup keluar dari blok kerajaan semata-mata mahu memperjuangkan prinsipnya untuk menentang isu skandal wang, akhirnya turut terpalit pada dirinya sendiri.
Paling mustahak ketika ini bukan soal Syed Saddiq, tapi nasib rakyat Muar yang berada di bawah 'jagaannya'.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/633753/berita/semasa/syed-saddiq-bersalah
Syed Saddiq lebih sibuk menguruskan kes mahkamahnya dan MUDA sehingga menyebabkan rakyat Muar terabai.
Malahan, Syed Saddiq tiada peruntukan untuk rakyat Muar. Sepatutnya Syed Saddiq lebih fokus mencari dana atau sebarang sumber untuk mengumpul peruntukan bagi Muar.
Tugas itu yang sepatutnya didahulukan tapi apa boleh buat, Syed Saddiq sibuk menguruskan hal peribadinya.
Ini yang dikatakan 'tiada penyakit, tapi sengaja cari penyakit'. Rakyat Muar sudah memilih Syed Saddiq sebagai wakil rakyat kerana percayakan dia mampu membawa aspirasi mereka tetapi sebaliknya berlaku.
Gara-gara kebodohan Syed Saddiq, rakyat Muar menjadi mangsa keadaan sehingga terabai kebajikan serta keperluan mereka.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/syed-saddiq-perlu-kosongkan-kerusi-muar/
https://www.malaysiakini.com/news/679248
Bayangkan sekiranya kerusi Parlimen Muar dikosongkan oleh Syed Saddiq selepas ini susulan kes mahkamahnya dan dia didapati bersalah meskipun sudah membuat rayuan.
Sudah tentu, Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan untuk memilih wakil rakyat baharu.
Situasi ini hanya membimbangkan rakyat Muar tentang masa depan pembangunan kawasan tersebut pada masa hadapan.
Pastinya mereka tidak mahu memilih wakil rakyat yang kurang berkaliber seperti Syed Saddiq atau sudah hilang kepercayaan kepada ahli politik lain.
Rakyat Muar perlu bijak memilih wakil rakyat selepas ini. Kaji dan teliti manifesto calon-calon yang lebih layak untuk membangunkan Muar.
Jangan tersalah pilih wakil rakyat seperti Syed Saddiq. Bukan sahaja tidak berkaliber, malah hipokrit dan terpalit skandal wang.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/09/10/syed-saddiq-menang-muar-sebab-ph-tak-letak-calon-anthony-loke/
Sewajarnya, rakyat Muar melakukan gesaan agar Syed Saddiq mengosongkan kerusinya di Parlimen berkenaan.
Dia telah melanggar kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Muar.
Keputusan kes mahkamahnya jelas menunjukkan dia tidak mampu menguruskan dana dengan baik.
Malah, timbul persoalan sama ada dakwaan Syed Saddiq sebelum ini bahawa Muar tidak mendapat peruntukan disebabkan oleh dia keluar dari blok kerajaan adalah benar atau tidak.
Mungkin Syed Saddiq menyonglap duit peruntukan yang diberikan tanpa pengetahuan sesiapa. Sengaja mahu mencipta kontroversi di Parlimen.
Syed Saddiq tidak layak menjadi wakil rakyat untuk penduduk Muar kerana dia telah melanggar prinsip kepercayaan serta integriti.
Kalau dia ada rasa malu, kosongkan kerusi Muar.
Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/muar-pakatan-demands-syed-saddiq-100315665.html
Ketamakan dan kebodohan Syed Saddiq merugikan rakyat Muar.
Syed Saddiq sudah melanggar kepercayaan diberikan oleh penduduk Muar kepada dirinya.
Dia lebih gemar menghabiskan masa membuat tugas-tugas lain selain fokus kerja hakikinya di Muar.
Rakyat Muar tidak sepatutnya diberi layanan sebegitu oleh politikus seperti Syed Saddiq. Mereka berhak mendapat wakil rakyat yang lebih baik.
Inilah masanya penduduk Muar bersatu, desak Syed Saddiq kosongkan kerusinya supaya pembangunan di kawasan berkenaan kembali maju di bawah wakil rakyat baharu.
Comments
Post a Comment