Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dikatakan aktif melakukan rombakan parti menjelang pilihan raya akan datang.
Nampaknya MUDA masih tidak mahu mengalah dan cuba untuk bertahan dalam arena politik tempatan.
Malangnya, adakah MUDA memiliki strategi untuk terus bertahan lagi selepas ketiadaan bekas Presiden parti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman?
Selama ini, MUDA bergantung sepenuhnya kepada Syed Saddiq untuk membawa nama parti itu.
Tiada seorang tokoh atau figura dalam parti tersebut yang sebenarnya boleh memberi pengaruh besar seperti Syed Saddiq.
Maka, timbul persoalan, siapa boleh menggantikan Syed Saddiq untuk membawa nama MUDA? Setakat ini, jawapannya tiada.
Sumber: https://www.sinardaily.my/article/214300/focus/muda-plots-comeback-cleansing-ranks-gearing-up-for-2024-elections
MUDA selama ini bergerak di bawah bayang-bayang Syed Saddiq sahaja. Tanpa Syed Saddiq, tiadalah MUDA sehingga kini.
Syed Saddiq sahaja yang mewakili suara MUDA di Parlimen. Sekarang, siapa yang mewakili MUDA?
Tak akan Amira Aisya pula ganti Syed Saddiq? Pengaruh dia tidaklah sebesar mana.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di Puteri Wangsa juga bukan 100 peratus disebabkan sumbangan dia kepada rakyat.
Semua itu belas ihsan parti lain terhadap MUDA. Bertanding pilihan raya secara solo sampai hangus wang deposit.
MUDA masih bermimpi hendak kekal lama dalam arena politik? Baik bubar sahaja parti.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/691061
Kesilapan terbesar MUDA adalah keluar daripada blok kerajaan dan berangan-angan mahu menjadi kuasa ketiga.
MUDA sepatutnya cermin diri sendiri dan lihat kembali kekuatan serta pengaruh parti.
Keputusan keluar daripada blok kerajaan adalah semata-mata tindakan kurang bijak Syed Saddiq yang kononnya mahu memperjuangkan prinsipnya.
Malangnya, dia sendiri kecundang dalam kes mahkamah dan terus keluar dari MUDA.
Sekarang ini, MUDA mahu atau tidak, perlu bergantung kepada parti utama lain kalau hendak kekal lama.
Tak usahlah berangan mahu bergerak solo, kesannya telah kelihatan. Parti yang tiada pengalaman seperti MUDA terlalu bercita-cita besar untuk melawan parti utama lain.
Kalau masih berdegil hendak bergerak solo, MUDA hanya menempah 'kubur' sendiri dan hilang daripada radar politik negara.
Sumber: https://focusmalaysia.my/analyst-pakatan-losing-two-thirds-majority-is-syed-saddiqs-way-of-twisting-unity-govts-arm/
Sehingga kini, MUDA tidak menunjukkan rekod memberangsangkan dalam sebarang pilihan raya meskipun telah ditubuhkan lebih tiga tahun.
MUDA juga gagal meraih sebarang kerusi selain Syed Saddiq pada PRU-15 dan kalah semua kerusi sewaktu PRN di enam buah negeri tahun ini.
Paling memalukan, tiada ada seorang calon MUDA yang berjaya meraih undi melebihi 10% daripada jumlah undi DUN masing-masing ketika PRN di enam buah negeri.
Angka itu membuktikan bahawa MUDA meskipun di bawah pimpinan Syed Saddiq, masih bergelut untuk memenangi sebarang kerusi.
Bagaimana hendak menang jika calon-calon MUDA ada yang mempunyai kontroversi dan bermasalah?
MUDA juga tidak mempunyai para penyokong yang kuat daripada semua lapisan golongan.
MUDA hanya menyasarkan belia tapi golongan itu sendiri turut enggan menyokong parti berkenaan.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736
Rangkalah apa jua strategi sekalipun, pokok pangkalnya MUDA hanya parti picisan yang tidak disukai oleh rakyat.
Agenda perjuangan MUDA sudah tidak selari dengan rakyat, malah bercanggah dengan adat serta budaya penduduk Malaysia.
Bagaimana rakyat hendak menyokong parti yang terang-terangan memperjuangkan liberalisasi?
Parti MUDA sebenarnya dibarisi oleh mereka yang kurang matang, tidak berpengalaman dan jauh sekali hendak menjadi figura politik yang berjaya.
Parti yang rancak bersembang soal revolusi di awal penubuhannya, tapi kini masa depannya nampak terumbang-ambing.
Comments
Post a Comment