Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin nampaknya takut tentang masa depan mereka.
Sekejap. Mereka masih ada masa depan ke dengan umur yang sudah lanjut?
Selepas Mahathir dan Daim serta kroni-kroninya disiasat atas pelbagai pertuduhan, mereka mencari jalan baharu untuk 'menyelamatkan diri'.
Kali ini, mereka cuba menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Mahathir secara terang-terangan menerusi peguamnya mengkritik penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh.
Peguam Mahathir mendakwa anak guamnya tidak perlu sertai RCI kerana ada konflik berkepentingan dalam RCI.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/649932/berita/nasional/peguam-nasihat-tun-m-tidak-sertai-rci-batu-puteh-jika-pengerusi-tidak-diganti
Semua ahli RCI yang dilantik menerima perkenan YDPA. Kritikan tentang konflik berkepentingan tidak patut ditimbulkan oleh Mahathir.
Dia sendiri membiarkan Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura atas dasar konflik berkepentingan yang sehingga kini dirahsiakan kepada umum.
Bagaimana Mahathir mudah sahaja melepaskan Pulau Batu Puteh, sedangkan Malaysia mempunyai dokumen baharu sebagai bukti?
Mahathir sebenarnya pengkhianat negara yang menjual kedaulatan negara.
Tetapi berani mengkritik serta mendakwa YDPA mempunyai konflik berkepentingan dalam melantik anggota RCI?
Adakah Mahathir takut pekungnya terbongkar dan cuba menyerang YDPA?
SUMBER: https://www.nst.com.my/news/politics/2024/02/1015961/puad-accuses-dr-m-making-excuses-avoid-rci
Mahathir dan Daim tahu mereka tidak akan boleh terlepas di bawah pemerintahan YDPA baharu ini.
Selama ini, mereka boleh terlepas kerana mempunyai kroni atau proksi di jabatan serta agensi kerajaan.
Namun, mereka harus ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Kedua-dua mereka kini disiasat dan dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai pertuduhan serta pastinya tidak akan mudah terlepas begitu sahaja.
Daim yang sebelum ini berlagak seperti ahli perniagaan yang berprofil rendah, tapi sebenarnya memiliki aset dan kekayaan yang luar biasa.
Bagaimana seorang ahli perniagaan yang memiliki aset berbilion ringgit tapi namanya tidak pernah disebut-sebut dalam senarai Forbes sebagai antara manusia terkaya Malaysia?
SUMBER: https://www.malaysia-today.net/2017/12/02/daim-zainuddin-the-real-and-unreported-richest-man-in-malaysia/
Mahathir pula menyerang YDPA dan kerajaan kerana takut agenda-agenda nepotismenya sepanjang menjadi Perdana Menteri terbongkar.
Bayangkan berapa banyak projek serta duit negara yang dikaut untuk membantu dan menyelamatkan kroni-kroninya.
Apabila anak-anaknya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelam-kabut adakan sidang media.
Kenapa bukan anaknya sendiri mengadakan sidang media? Kenapa Mahathir perlu tampil menjelaskan situasi siasatan SPRM berhubung anaknya?
Kerana hanya Mahathir sahaja pandai 'berkata-kata' di hadapan media. Itu permainan media Mahathir. Cuba ubah naratif dengan menyerang kerajaan dan meredakan kemarahan orang terhadap dia dan anak-anaknya.
SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/02/21/after-mirzan-mokhzani-mahathir-gets-30-extra-days-to-declare-assets-to-macc/119150
Kedua-dua Tun akan guna pelbagai strategi licik mereka untuk melepaskan diri.
Janganlah mudah terpedaya dengan apa jua kenyataan dikeluarkan oleh mereka.
Mereka ini ibarat ular lidah bercabang dua. Mereka pandai manipulasi pemikiran dan naratif rakyat.
Mahathir dan Daim kini seperti cacing kepanasan, tidak senang duduk di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Tembelang serta pekung mereka yang disimpan berpuluh tahun kian terbongkar sedikit demi sedikit.
Comments
Post a Comment