MUDA Terpalit Krisis Dalaman


Baru-baru ini, bekas ahli jawatankuasa parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Khairi Zulfadhli mengumumkan dia sudah dipecat daripada parti berkenaan.

Meskipun tidak didedahkan secara umum tentang sebab pemecatannya tapi Khairi seolah-olah gembira dengan perkara tersebut.

Lagipun, mengapa hendak bersedih dipecat daripada parti 'ikan bilis' seperti MUDA yang bila-bila masa sahaja boleh dibubarkan?

Bekas Presiden juga terbabit dengan jenayah. Prestasi parti tidak memberangsangkan. Hala tuju tidak jelas.

Memang wajar ahli-ahli MUDA menarik diri secara sukarela atau gembira apabila dipecat kerana tiada sebarang faedah 'duduk' lama-lama di dalam parti tersebut.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/berita/2024/02/imam-muda-khairi-dipecat-parti-muda/


Persoalannya, berapa ramai ahli MUDA yang betul-betul layak berada dalam politik?

Kalau lihat pada pengalaman setiap ahli, tiada yang betul-betul memiliki portfolio kukuh dalam politik.

Sebab itu, semua calon MUDA yang bertanding mana-mana pilihan raya kalah teruk.

Angka jumlah ahli MUDA pun tidak didedahkan, tahu-tahu ada ahli menarik diri atau dipecat.

Mesyuarat agung tahunan parti pun tidak wujud. Pemilihan parti pula paling cepat dibuat pada penggal kedua tahun ini.

Padahal, bekas Presiden sudah meletakkan jawatan tapi lambat untuk melaksanakan proses pemilihan parti.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1179318/muda-percepat-pemilihan-parti-tahun-depan-berbanding-2025


Parti yang tiada hala tuju dan hanya menunggang isu seperti MUDA memang wajar diabaikan.

Isu pengampunan bekas Perdana Menteri ditentang tapi menyokong kes tidak isytihar harta isteri bekas Menteri Kewangan.

Sampaikan pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Aziz sanggup turun di mahkamah menyokong isteri bekas Menteri Kewangan itu.

Tidak mahu sebutlah siapa, tapi anda sendiri pasti tahu siapakah gerangan yang disokongnya itu.

Terpampang jelas muka Amira Aisya dalam media sosial berjalan di belakang si tertuduh.

Kalau mahu tunggang isu sahaja, lebih baik bubar sahaja parti. Tukar profesion kepada aktivis, tak perlu guna nama parti.

Sebab itu, rakyat tidak sokong MUDA yang hipokrit.
Dulu kata MUDA memperjuangkan prinsip, tapi menyokong individu yang mempunyai kes mahkamah.

Mungkin sebab itu MUDA mempunyai dana yang besar untuk bertanding pilihan raya dan bertahan sehingga sekarang.

Sebab ada pembiaya besar di belakang mereka. Pembiaya bukan biasa-biasa orangnya.

Kalau betul-betul memperjuangkan prinsip, Amira Aisya perlu lepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Kerusi itu atas belas ihsan Pakatan Harapan (PH) sahaja. Sekiranya benar mahu memperjuangkan prinsip, pulangkan kerusi tersebut.

Baru MUDA boleh 'sembang' soal prinsip di khalayak ramai.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278529/berita/politik/kerusi-muda-di-puteri-wangsa-perlu-dipulangkan---aminolhuda


MUDA sering kali terperangkap dengan pelbagai isu seperti konflik dalaman parti dan sebagainya.

Situasi seperti pemecatan ahli atau keputusan ahli menarik diri, menunjukkan MUDA bukanlah sebuah entiti yang dilihat sebagai pilihan majoriti rakyat Malaysia ketika ini.

Kecenderungan MUDA yang jelas menunggang isu semasa, turut menimbulkan persoalan tentang keikhlasan mereka terhadap prinsip yang dilaungkan.

MUDA mungkin lantang dalam menyuarakan prinsip tetapi kelihatan selektif dan tidak konsisten dalam perjuangan mereka.

Comments