Mokhzani dan Mirzan Mahathir sebelum ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembabitan mereka dalam transaksi perniagaan di negara ini.
Mokhzani disiasat susulan dia didapati terbabit dalam penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Mirzan pula dipanggil oleh SPRM susulan memiliki pegangan saham dalam GLC bagi mendapatkan projek kerajaan.
Kedua-dua mereka diberi tempoh 30 hari untuk mengisytiharkan harta mereka namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung perkara berkenaan.
Mirzan dan Mokhzani juga sehingga kini tidak memberikan sebarang kenyataan melainkan sidang media yang dibuat oleh bapa mereka, Mahathir.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1054485/mokhzani-mahathir-beri-keterangan-di-sprm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051825/sprm-sah-panggil-mirzan-mahathir-perintah-isytihar-aset
Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.
Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.
KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion. Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang habis-habisan idea berkenaan.
Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.
Anwar meminta Mahathir membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi Mahathir tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.
Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.
Sebab itu, Mirzan masih kekal dalam golongan elit negara, walhal dia hampir muflis suatu masa dahulu.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960
Mokhzani pula pada 1997 merupakan pemegang saham terbesar di Hospital Pantai selepas membelinya daripada Kumpulan Berjaya yang dikendalikan oleh Vincent Tan.
Mokhzani kemudiannya secara tiba-tiba mengumumkan berhenti daripada dunia korporat kerana tidak mahu mencemarkan nama baik Mahathir pada 2001.
Namun Mokhzani secara senyap-senyap menubuhkan kumpulan Kencana pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.
Syarikat itu kemudiannya dianugerahkan lesen fabrikasi (Offshore Structures) utama oleh Petronas pada tahun 2002.
Kencana Petroleum adalah salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen di Malaysia yang diberikan lesen pada masa itu.
Pada 2003, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya dilantik sebagai penasihat Petronas.
Mokhzani diisytiharkan sebagai orang ke-9 terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan syarikat Kencana Petroleum yang kian naik.
SUMBER: https://www.malaymail.com/news/money/2014/02/20/as-rich-get-richer-mokhzani-breaks-into-billionaires-top-10/621851?fbclid=IwAR2sEFEf50rzdURqibI_RUnop1TvvOSKKoheshZ6F3zLbZ3_g1Z4icjzU_Q
Mahathir mendakwa SPRM menggunakan kedua-dua anaknya sebagai kambing hitam untuk mengheretnya ke mahkamah.
Namun, kita sendiri tahu bagaimana anak-anaknya menggunakan pengaruh Mahathir untuk menyelamatkan diri mereka.
Anak-anaknya selamat dalam dunia perniagaan kerana memiliki bapa seperti Mahathir.
Mahathir pula mengatakan kejayaan anak-anaknya adalah hasil usaha mereka sendiri, tapi realitinya lain.
Bagaimana Mirzan yang hampir muflis boleh sekaya seperti sekarang? Bagaimana Mokhzani memiliki lesen fabrikasi dan menjadi antara orang terkaya Malaysia?
Jawapannya adalah Mahathir. Mokhzani dan Mirzan memang wajar disiasat kerana wang kerajaan digunakan untuk menyelamatkan mereka.
Duit pembayar cukai sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara.
Namun digunakan sebagai dana untuk 'bail out' dan mengembangkan syarikat anak-anak Mahathir.
Mahathir memang tidak wajar untuk mengatakan anak-anaknya bekerja keras atas usaha sendiri.
Jujur sahaja dan katakan anak-anak Mahathir berjaya kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment