Syed Saddiq Tunggang Nama Muar


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq secara tiba-tiba memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung tindakan pemberhentian peruntukan RM4 juta untuk Parlimen Muar.

Syed Saddiq mendakwa dana untuk Muar dihentikan selepas MUDA menarik sokongan daripada kerajaan.

Dia juga mendakwa memfailkan permohonan itu bagi menghentikan politik balas dendam.

Adakah Syed Saddiq tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu?

Mengapa Syed Saddiq begitu galak berbicara soal peruntukan sekarang ini?
Syed Saddiq perlu tahu tiada peruntukan untuk pembangkang sejak merdeka lagi.

Hanya ketika zaman PM kesembilan sahaja wujud peruntukan untuk pembangkang tetapi melalui Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang dimeterai kerajaan dan pembangkang.

Selain itu, peruntukan terletak atas budi bicara kerajaan, tidak semestinya pembangkang akan dapat dana tersebut.

Kerajaan sendiri sudah menegaskan peruntukan bagi kawasan ditadbir pembangkang masih diteruskan tapi tidak diberikan terus kepada ahli Parlimen.

Kerajaan turut meluluskan RM300 juta untuk pelaksanaan puluhan projek di Muar.

Adakah Muar tidak dapat peruntukan? Jangan buat kelakar, Syed Saddiq.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1176809/peruntukan-untuk-mp-pembangkang-memang-tak-pernah-ada-sejak-merdeka


Ahli Parlimen sudah mendapat gaji dan elaun. Apa lagi Syed Saddiq mahu tuntut?

Kalau beri peruntukan terus kepada Syed Saddiq, adakah Syed Saddiq mampu berlaku jujur?

Imej Syed Saddiq sudah tercalar kerana menyakau dana parti dan memasukkan duit parti ke dalam akaun ASB peribadi.

Audit banjir yang dijanjikan juga tidak kelihatan. Adakah Syed Saddiq ada niat lain sehingga terdesak mahu mendapatkan peruntukan itu?

Dulu zaman Mahathir dan Syed Saddiq menjadi kerajaan, pembangkang tiada peruntukan. Mana Syed Saddiq ketika itu?

Mengapa diam membisu tentang soal peruntukan pada masa itu? Berhenti berlakonlah.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm100000-masuk-akaun-asb-syed-saddiq-tidak-digunakan-untuk-kempen-pru14-saksi-372872


Dulu boleh sahaja Syed Saddiq meraih dana untuk rakyat Muar dengan membotakkan kepala.

Kenapa sekarang tak mampu berbuat demikian? Gunalah cara sama kalau benar-benar serius mahu menolong rakyat.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Daripada berhabis duit menyaman kerajaan, lebih baik guna duit itu bantu penduduk Muar.

Barulah betul boleh digelar hero rakyat. Ini tidak, projek yang dia abaikan pun mahu ambil kredit.

SUMBER: https://www.thevibes.com/articles/news/11800/saddiq-botak

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/16/projek-tmiyc-pulih-selepas-amaran-mb-johor-bukan-pemantauan-ahli-parlimen-muar-kata-menteri/


Syed Saddiq tak usah tunggang nama Muar untuk kekal popular.

Muar tidak pernah diabaikan tapi Syed Saddiq mendakwa kawasan itu terabai.

Bukankah Syed Saddiq sendiri mengabaikan Muar? Projek di Muar tidak dipantau tapi pihak lain yang pantau.

Banyak lagi isu lebih relevan boleh diperjuangkan oleh Syed Saddiq dan jangan menampakkan diri itu kurang bijak.

Comments