Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mencipta kontroversi.
Kali ini, dia menipu keputusan acara triathlon di Desaru baru-baru ini.
Syed Saddiq dikatakan sebenarnya bermain kotor dan tidak layak memenangi tempat ketiga pada acara berkenaan.
Bagaimana dia dengan angkuhnya memuat naik hantaran di laman media sosialnya rasmi tentang 'kemenangannya' itu?
Makin lama, makin teruk perangai Syed Saddiq menipu rakyat!
SUMBER: https://x.com/ruffleseed/status/1810899366351442083?s=48&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw
Bagaimana Syed Saddiq yang berada di belakang ramai peserta lain sepanjang acara berkenaan, tiba-tiba boleh mendapat tempat ketiga?
Syed Saddiq dikatakan hanya melengkapkan dua kali pusingan kayuhan basikal, walhal perlu melakukan tiga kali pusingan.
Bagaimana peserta terpantas dari Sepanyol mencatatkan rekod kayuhan dalam tempoh 2 jam 31 minit tetapi Syed Saddiq boleh melakukannya dalam masa 2 jam 37 minit?
Syed Saddiq bukanlah atlet profesional seperti peserta Sepanyol itu.
Sewaktu acara IronMan dua bulan lalu di lokasi yang sama, Syed Saddiq mencatat rekod 3 jam 31 minit.
Bagi penjelasan pun tidak guna, Syed Saddiq. Orang tak akan percaya kata-kata anda.
Sekali menipu, sampai bila-bila orang akan ingat perangai Syed Saddiq.
SUMBER: https://x.com/BadBoy2662/status/1810896808589283657
Kuat berdrama ahli Parlimen seorang ini. Bermacam-macam kontroversi dia cetuskan.
Macam mana rakyat hendak mempercayai Syed Saddiq?
Kes penyalahgunaan dana, pengubahan wang haram sudah terbukti dia bersalah
Audit dana banjir MUDA pun masih belum dibentangkan kepada orang ramai.
Duit larian amal Langkah Muar pun sunyi sepi sehingga sekarang
Sampaikan pingat triathlon pun hendak 'rembat'. Mahu jual pingat itu dalam Carousell ke Syed Saddiq? Manalah tahu duit itu mahu dimasukkan ke dalam akaun ASB peribadi.
SUMBER: https://x.com/alif_haidar/status/1810902531373158636
Niat sebenar larian amal 'Langkah Muar' dilaksanakan oleh Syed Saddiq juga masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.
Betul ke dia berlari 200 kilometer untuk larian amal itu?
Bukankah Syed Saddiq sering memuat naik data aktiviti senamannya dalam aplikasi Strava?
Kita tahu Syed Saddiq suka menunjuk aktiviti hariannya. Mustahil perkara yang akan menjadi 'kenangan' seumur hidupnya, dia gagal merekod data larian amal itu.
Hebat Syed Saddiq 'kencing' orang ramai. Betulkah duit larian amal itu untuk rakyat Muar atau bayar peguam dia?
SUMBER: https://x.com/adamyusuf88/status/1808332232186290269
Apa niat Syed Saddiq masuk politik sebenarnya? Duit disakau, pingat triathlon pun mahu dirembat.
Rakyat janganlah percaya sangat dengan ahli politik bernama Syed Saddiq lagi.
Tidak pernah jujur dengan tindakannya dan hanya tahu mencetuskan drama.
Dia terdesak nak kekal relevan untuk orang ramai melupakan kes mahkamahnya.
Malang sekali buat Syed Saddiq. Satu demi satu kontroversi menyelubungi dia sekarang.
Lebih elok Syed Saddiq berundur atau berehat daripada politik. Fokus kepada kes mahkamah sahaja.
Comments
Post a Comment