Zaid Ibrahim Ahli Politik Picisan Yang Gagal


Ahli politik, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dianggap sebagai antara ahli politik kurang berjaya di negara ini.

Masakan tidak, portfolio politiknya tidak seindah seperti yang disangka.

Dia banyak terbabit dalam kontroversi dan lebih bersikap seperti lalang untuk menonjolkan dirinya dalam parti politik.

Zaid turut gemar melontarkan hasutan dalam kalangan rakyat tentang sesuatu isu menerusi media sosialnya.

Disebabkan itu, dia berdepan pelbagai kegagalan sepanjang karier politiknya kerana perbuatannya sendiri.
Zaid sebelum ini pernah menjawat portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2008.

Namun dia meletakkan jawatan hanya selepas enam bulan memegang jawatan berkenaan atas alasan gagal memastikan sistem perundangan yang telus dan saksama kepada semua rakyat.

Padahal, Zaid hanya mampu membayar pampasan kepada para hakim yang dipecat kerana salah laku.

Setelah semua bayaran dijelaskan, Zaid beri alasan kononnya kerana beberapa individu ditahan di bawah ISA, dia terpaksa meletakkan jawatan.

Zaid hanya mahu mendapatkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan kelulusan kerajaan membayar pampasan kepada para hakim berkenaan.

Walaupun ketika itu majoriti anggota Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan Zaid untuk membayar pampasan, namun dia berjaya memujuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meluluskannya.

Selepas agendanya berjaya, dia sering kali membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan Kabinet dan kerajaan kerana mahu dirinya dipecat.

Apabila dia gagal dalam cubaannya untuk dipecat oleh kerajaan, Zaid meletakkan jawatan.

SUMBER: https://musramrakunman.blogspot.com/2010/04/zaid-gagal-majukan-kota-baru-kini-kata.html


Sebenarnya, Zaid meletakkan jawatan kerana mahu keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan melompat ke parti lain.

Zaid dikatakan kecewa dengan UMNO ketika itu kerana tidak menyokongnya untuk menjadi Ketua UMNO bahagian Kota Bharu.

Namun Zaid perlu tahu ramai pemimpin UMNO Kelantan ketika itu melihat dia tidak bersungguh-sungguh untuk menumbangkan PAS di negeri berkenaan.

Kehadiran Zaid yang gagal memajukan Kota Bharu selama sepenggal iaitu pada 2004 hingga 2008 telah menyukarkan usaha UMNO Kelantan untuk mengalahkan PAS ketika itu.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/89758


Dia pernah diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor di bawah tiket Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

Zaid yang memiliki imej seorang ahli politik suka berjudi dan minum arak telah gagal untuk meraih kemenangan bagi parti tersebut.

Kebanyakan penduduk Hulu Selangor enggan menerima wakil rakyat yang suka berjudi dan minum arak.

Malah, pendekatan liberal Zaid turut menyukarkan peluangnya untuk memenangi PRK Hulu Selangor ketika itu.

Rekod terdahulu Zaid sebagai wakil rakyat di Kelantan juga menjadi penyebab kekalahannya meskipun PKR pada masa itu cuba menonjolkan dia sebagai calon pilihan terbaik.

SUMBER: https://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/gagal-kosmetikkan-zaid-punca-pr-kalah.html


Porfolio Zaid telah membuktikan dia seorang ahli politik yang gagal.

Dia gagal sebagai wakil rakyat dan tidak berjaya untuk menambat hati orang ramai kerana perbuatannya yang suka berjudi dan minum arak.

Pendekatan liberal Zaid khususnya di Kelantan telah menyebabkan dirinya ditolak atau ditendang oleh UMNO.

Maka, rakyat tidak sepatutnya menelan bulat-bulat semua kata-kata Zaid tentang pelbagai isu.

Dia sendiri gagal memajukan rakyat, justeru tidak layak untuk bercakap tentang soal rakyat.

Comments