Syed Saddiq Masih Bersalah - Hakim


Kes mahkamah membabitkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didedahkan menerusi alasan penghakiman yang diperoleh oleh pihak media baru-baru ini.

Alasan penghakiman setebal 22 muka surat itu menyebut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid mengatakan adalah tidak munasabah bagi Syed Saddiq sebagai pemimpin sayap parti politik, tidak mengetahui tentang pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA.

Menurut beliau, penafian Syed Saddiq bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai penyimpanan dan kegunaan wang RM1 juta itu juga adalah sesuatu yang sukar diterima akal.

Tambah Azhar, mahkamah turut tidak bersetuju dengan keterangan Syed Saddiq bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai jumlah sebenar wang yang dikeluarkan, sebaliknya berpendirian, tindakannya selaku ketua ARMADA ketika itu yang juga seorang pemegang amanah akaun, mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, adalah kesalahan pecah amanah.

Azhar juga mengatakan tiada satu keterangan dikemukakan oleh Syed Saddiq menunjukkan kutipan majlis makan malam (ARMADA) yang akan diadakan adalah untuk menggantikan perbelanjaan yang dibuatnya sebelum ini.

Sebaliknya, kutipan tersebut adalah untuk menampung kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330451/penafian-syed-saddiq-hal-babitkan-wang-rm1-juta-tak-masuk-akal-hakim


Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah RM1 juta dan menyalahgunakan RM120,000 dana ARMADA untuk PRU-14.

Kemudian pada 5 Ogos 2021, Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru serta mahkamah membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2021.

Pada 25 November 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Syed Saddiq itu.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-syed-saddiq-berhubung-dana-armada-445367


Pendakwaan pada 24 Mac 2022 mengemukakan dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik ARMADA yang dihadapi oleh Syed Saddiq.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

Pada 21 Jun 2022, perbicaraan hari pertama kes Syed Saddiq berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Azhar.

Kemudian pada 7 Julai 2022, pihak pembelaan memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama iaitu Rafiq Hakim Razali berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi serta keterangan lisannya di mahkamah namun permohonan itu ditolak.

Pada 22 Julai 2022, Syed Saddiq sekali lagi memohon mencabar kredibiliti saksi iaitu Rafiq susulan dia mendakwa berlaku beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu juga tidak dibenarkan.

Pihak pendakwaan kemudiannya menutup kes itu pada 27 September 2022 selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
Pada 6 Oktober 2022, pihak pendakwaan dan pembelaan menyampaikan hujahan di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Tinggi pada 28 Oktober 2022 memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan berkenaan.

Syed Saddiq memberi keterangan dalam prosiding bela diri pada 22 Februari 2023.

Pihak pembelaan menutup kes itu pada 14 Mac 2023 selepas memanggil empat saksi untuk memberi keterangan.

Pada 10 April 2023, pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan.

Akhirnya, pada 9 November 2023, Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua kali sebatan serta didenda RM10 juta selepas didapati terhadap empat pertuduhan tersebut.

Pada hari yang sama dia dijatuhkan hukuman tersebut, Syed Saddiq mengosongkan jawatan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Syed Saddiq kemudiannya melantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan dan hukuman pada 18 Januari 2024.

Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Mei 2024 bagi pengurusan kes rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap Syed Saddiq.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1175016/syed-saddiq-kena-jel-7-tahun-denda-rm10-juta-dua-sebatan


Kes rayuan Syed Saddiq mungkin akan berjalan lebih lama namun alasan penghakiman sudah cukup membuktikan bahawa dia bersalah menggunakan dana tersebut.

Azhar sendiri mengatakan bahawa sebagai seorang Ahli Parlimen dan idola anak muda, Syed Saddiq sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.

Namun, Syed Saddiq gelap mata dan menggunakan wang itu untuk tujuan peribadinya.

Dulu Syed Saddiqlah yang menentang pecah amanah dan tidak sanggup bersubahat untuk bersekongkol soal pecah amanah.

Tapi akhirnya terbukti dia sendiri terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Sepatutnya gelaran ahli Parlimen Syed Saddiq perlu ditarik balik. Dia tidak layak menggunakan gelaran berkenaan.

Comments