Mahathir Juga Pernah Jadi Kadam


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa parti UMNO adalah 'kadam' kepada DAP.

Sudah berulang kali dia mengeluarkan kenyataan seperti ini.

Adakah Mahathir lupa tentang sejarahnya bersama DAP ketika menjadi Perdana Menteri ke-7?

Adakah Mahathir lupa tentang kenyataan 'baik' kepada DAP yang pernah dikeluarkan pada tujuh tahun lalu?

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/01/08/dr-m-guna-naratif-anti-dap-tekan-hubungan-umno-ph-kata-penganalisis/


Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mengapa Mahathir sanggup ludah ke muka sendiri apabila mengumumkan kerjasama dengan DAP ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?

Rakyat percaya bahawa Mahathir hanya menggunakan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk terus mempromosikan 'agenda Melayu serta Islamnya' selepas ditolak oleh UMNO.

Kit Siang malahan percaya Mahathir sudah berubah namun selepas peristiwa Langkah Sheraton, pemimpin DAP itu nyata kecewa dengan Mahathir.

Kit Siang mula sedar Mahathir hanya mempergunakan beliau dan DAP untuk mempromosikan agendanya sahaja.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/634446/berita/politik/pendedahan-buktikan-tun-m-tak-ikhlas-kerjasama-dengan-dap---anthony


Kalau disingkap semula, Mahathir hanya menyatakan 'taat setianya' kepada sesuatu parti sekiranya tujuannya tercapai serta demi kepentingannya sendiri.

Sebagai contoh, Mahathir hanya menggunakan UMNO untuk menjalankan agendanya sahaja seperti mendapatkan kekayaan untuk keluarganya.

Mahathir juga sanggup memecahbelahkan UMNO untuk mendapatkan kedudukannya.

Apabila UMNO tidak lagi mengikut telunjuknya, Mahathir menubuhkan Bersatu.

Selepas 'menggunakan' DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan semula pengaruh serta kuasanya, Mahathir mengkhianati mereka.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/390813


Sembang Mahathir seolah-olah dia adalah pejuang Melayu paling hebat di negara ini.

Persoalannya, apa sahaja yang Mahathir buat untuk orang Melayu selama menjadi Perdana Menteri?

Bukankah Mahathir pernah menyuruh orang Melayu ikat perut untuk bantu kerajaan?

Dasar ekonominya untuk orang Melayu juga gagal. Sepatutnya dasar ekonomi dibuat untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum, namun Melayu kian terpinggir.

Mahathir hanya membantu kroni termasuk anak-anaknya sahaja, bukannya kaum Melayu yang bertaraf marhaen.

Jarang sekali melihat Mahathir turun padang meninjau kehidupan rakyat bertaraf marhaen, sebaliknya hanya tahu berkata-kata tanpa memahami isu dihadapi oleh orang ramai khususnya Melayu.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Mahathir tak perlu nak mengata UMNO adalah kadam DAP dan sebagainya.

Walhal dulu dia juga menjadi kadam kepada DAP sewaktu menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Dia juga pernah berkata DAP bukanlah ancaman kepada orang Melayu.

Hanya kerana dia sudah tidak bersekutu dengan DAP, tiba-tiba Mahathir terus menukar naratifnya.

Itulah Mahathir, berkawan baik dengan pihak lain hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Bak kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.

Comments