Krisis Orang Melayu Salah Mahathir

 

A person in a suit and tie

AI-generated content may be incorrect.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa kemelut dalaman yang melanda Bersatu tidak mencerminkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Namun, kalau ahli-ahli dalam satu parti yang sama tidak mampu bersatu, bagaimana hendak menyatukan semua orang Melayu di luar sana?

Jika masing-masing sibuk bergaduh, bagaimana parti tersebut boleh menyelesaikan masalah-masalah nasional yang membelenggu rakyat?

Mahathir sendiri penyebab utama orang Melayu berpecah dari zaman UMNO sehinggalah menubuhkan Pejuang.

Berhentilah bercakap soal Melayu, Mahathir. Semua orang dah mula serik dengan naratif tersebut.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2025/06/09/decades-later-mahathir-still-stuck-in-a-dilemma-of-his-own

A person pointing at the camera

AI-generated content may be incorrect.

Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.

Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.

Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.

Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/

A newspaper with a picture of a person

AI-generated content may be incorrect.

Ketika memimpin UMNO sekitar 1980-an, Mahathir mencetuskan krisis dalaman yang sehingga kini memberi impak kepada arena politik negara.

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dan Tan Sri Musa Hitam dikatakan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana gaya kepimpinannya yang kuku besi serta autoritarian.

Ku Li dan Musa Hitam bersatu membentuk Kumpulan B pada pemilihan parti UMNO pada 1987.

Ku Li bagaimanapun tidak setuju dengan keputusan pemilihan berkenaan kerana menyatakan telah dimanipulasi oleh Mahathir.

Mahathir turut mencetuskan kemarahan Team B apabila bertindak menyingkirkan semua ahli Kumpulan B daripada Kabinetnya.

Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru.

Setelah melalui proses mahkamah, mahkamah mengisytiharkan pengharaman UMNO.

Tidak lama kemudian, Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO baru.

Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Kumpulan A yang kemudiannya memulakan pemindahan aset UMNO 'lama' ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikutnya.

Rentetan daripada peristiwa itulah tertubuhnya Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Kumpulan B.

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279937

A group of men raising their hands

AI-generated content may be incorrect.

Pada 2016, Mahathir bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan Bersatu atas alasan kononnya untuk menentang UMNO yang sudah tidak seperti dulu.

Mahathir menggunakan taktik licik dengan memanipulasi sentimen rakyat melalui isu 1MDB dan bersekutu dengan pembangkang seperti DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Harapan (PH).

Apabila Mahathir kembali berkuasa pada 2018 bersama PH, Mahathir kembali tampil dengan gaya kepimpinan yang bersifat kuku besi dan hanya mementingkan agenda peribadinya sahaja.

Janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditunaikan, menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong Anwar.

Mahathir kemudiannya dilucutkan keahlian daripada Bersatu selepas tumbangnya kerajaan PH pada 2020.

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/166162

A person wearing a face mask

AI-generated content may be incorrect.

Selepas ditendang keluar daripada Bersatu, Mahathir menubuhkan Pejuang atas alasan mahu memperjuangkan orang Melayu dan pribumi di Malaysia.

Dia juga mendakwa parti-parti Melayu lebih mengutamakan menjaga kepentingan golongan elit supaya kekal berkuasa.

Malah dia turut mendakwa Pejuang akan cuba menghapuskan rasuah dan kleptokrasi.

Namun, rakyat tahu siapakah Bapa Kleptokrasi Malaysia sejak dulu lagi.

Pejuang itu hanyalah platform untuk Mahathir cuba kekal relevan tetapi parti itu langsung tidak diterima oleh rakyat kerana ramai sudah muak dengan pembohongannya.

Bukti tampak jelas apabila Pejuang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Semua calonnya termasuk Mahathir hilang deposit, membuktikan parti yang diasaskan Mahathir bukan lagi pilihan rakyat.

SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2022/11/20/pru15-rasmi-mahathir-hilang-deposit-kalah-teruk-di-langkawi/

A person wearing glasses and a checkered shirt

AI-generated content may be incorrect.

Perpecahan Melayu terjadi kerana Mahathir.

Bagaimana dengan kisah seperti Tragedi Memali yang sehingga kini Mahathir enggan memohon maaf?

Peristiwa itu turut menjadi salah satu faktor yang memecahbelahkan kaum Melayu sehingga kini.

Mahathir menggunakan kesemua parti itu sebagai platform untuk dirinya kekal relevan dan berkuasa.

Sekarang, dia cuba menggunakan naratif memperjuangkan Melayu, sedangkan sebelum ini dia mempunyai peluang selama dua dekad untuk berbuat demikian.

Malangnya, dia hanya memperjuangkan keluarga dan golongan elit Melayu yang rapat dengannya.

Comments