Nama syarikat milik keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi perhatian.
Baru-baru ini, dua wakil Pertubuhan Sukarelawan Warga Kota Kuala Lumpur membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek kabel fiber optik bernilai RM214 juta di bawah program vendor Telekom Malaysia.
Projek tersebut didakwa dianugerahkan melalui rundingan terus kepada syarikat Opcom Sdn Bhd.
Pada tahun 2003, ketika Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Telekom Malaysia dilaporkan memohon kelulusan rundingan terus dengan Opcom.
Kebetulan Mukhriz adalah pengarah syarikat berkenaan pada masa itu.
Apakah itu hanya kebetulan semata-mata? Adakah kes seumpama ini menjadi bukti bahawa projek mega ketika di bawah pemerintahan Mahathir, kronisme banyak berlaku?
Tular sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom.
Untuk pengetahuan semua, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keempat pada 31 Oktober 2003.
Sebelum meletakkan jawatan, Mahathir sempat untuk memberikan kontrak tersebut kepada Opcom supaya keluarganya dapat mengaut lagi kekayaan apabila dia tidak berkuasa.
Mengapa syarikat itu diberikan keistimewaan mendapat tender itu secara rundingan terus?
Bukan sahaja Mukhriz tetapi Mokhzani juga memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.
Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam Opcom.
Itu bukan kali terakhir Opcom menerima projek secara rundingan terus daripada Mahathir.
Hanya empat hari selepas Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 2018, Opcom sekali lagi telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.
Saham Opcom terus naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.
Pemberian kontrak berkenaan dibuat selepas kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.
Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada SPRM sebanyak RM25.1 juta.
Namun, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.
Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.
Mana perginya lebihan harta tersebut? Adakah disimpan di luar negara supaya tidak dijejaki oleh pihak berkuasa negara ini?
Mokhzani pula menubuhkan Kencana Petroleum Berhad pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.
Syarikat itu kemudiannya dianugerahkan lesen fabrikasi (Offshore Structures) utama oleh Petronas pada tahun 2002.
Kencana Petroleum adalah salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen di Malaysia yang diberikan lesen pada masa itu.
Bukan mudah untuk mendapat lesen berkenaan terutamanya bagi syarikat yang baru ditubuhkan hanya setahun jagung.
Namun, dengan bantuan Mahathir, Kencana Petroleum memperoleh lesen itu dengan mudah.
Pada 2003, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya dilantik sebagai penasihat Petronas.
Sejak itu, Kencana Petroleum banyak mendapat pelbagai kontrak bernilai ratusan juta hingga berbilion ringgit daripada Petronas dan syarikat lain.
Mokhzani diisytiharkan sebagai orang ke-9 terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan syarikat Kencana Petroleum yang kian naik.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/699565
Mahathir merupakan bukti bahawa keluarganya sering mendapat keistimewaan ketika negara di bawah pemerintahannya.
Adanya kuasa dan pengaruh di tangannya, Mahathir lebih mementingkan kekayaan keluarganya serta kroni-kroninya yang lain.
Namun, Mahathir cuba berlakon tidak bersalah dan menafikan zaman pemerintahannya penuh dengan 'dosa' kronisme.
Apa penjelasan Mahathir tentang surat itu? Bagaimana pula dengan pemberian projek kali kedua kepada Opcom?
Mengapa Kencana Petroleum mendapat lesen fabrikasi hanya selepas setahun ditubuhkan?
Sehingga kini, tiada penjelasan daripada Mahathir kerana dia tahu, amalan kronisme menular seperti 'penyakit berjangkit' pada era pemerintahannya.
Comments
Post a Comment