Payung Besar Melayu Tunjuk Tanda Kegagalan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun lalu mengumumkan inisiatif Sekretariat Orang Melayu untuk menggabungkan kaum Melayu di bawah satu payung besar.

Dakwanya, gerakan itu bukan bermotifkan politik namun menjadi platform untuk menyelesaikan masalah dan isu dihadapi oleh orang Melayu.

Namun, belum apa-apa, inisiatif itu dikatakan tidak akan berhasil kerana berlakunya perpecahan antara pemimpin Melayu dalam Perikatan Nasional (PN).

Tambahan pula, Mahathir sendiri gagal menyelesaikan konflik dalam gabungan itu, meskipun sebelum ini dilantik sebagai penasihat PN.

Jika melihat rekod terdahulu, Mahathir tidak pernah berjaya dalam 'perjuangan' yang kononnya cuba membela nasib orang Melayu.

Pada 2023, PN melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi di empat buah negeri pentadbirannya.

Mahathir dilantik untuk memberikan nasihat mengenai tatakelola berkesan untuk memastikan kumpulan itu diuruskan dengan efektif.

Namun kehadirannya tidak membawa sebarang perubahan positif.

Sebaliknya, perbalahan antara Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada membabitkan tuduhan mencuri wang pada Disember 2025, menunjukkan keretakan hubungan dalam usaha penyatuan tersebut.

Tuduhan itu hanya menambahkan api dalam konflik dalaman Bersatu.

Dakwaan berkenaan dilihat sebagai cubaan untuk mengembalikan pengaruh peribadi Mahathir dan bukannya usaha untuk memperjuangkan kepentingan Melayu secara dasarnya.

Mahathir juga pernah menyatakan bahawa parti-parti Melayu tidak mampu menyatukan orang Melayu kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri.

Ironinya, kenyataan itu dilontarkan oleh individu yang sepatutnya menjadi penasihat kepada gabungan parti Melayu.

Kehadiran Mahathir lebih banyak mencetuskan polemik berbanding menyelesaikan masalah dalaman parti.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/12/18/muhyiddin-mahathir-clash-shows-cracks-in-malay-unity-push-says-analyst

Mahathir sendiri penyebab perpecahan orang Melayu sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.

Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.

Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.

Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/

Mahathir punca parti-parti Melayu berpecah. Paling ketara adalah tindakan Mahathir terhadap UMNO.

Mahathir menyebarkan hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk membenci pemimpin yang menggantikan dirinya.

Mahathir bertelagah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Pertelagahan itu menyebabkan perpecahan serta melemahkan orang Melayu.

Disebabkan pertelagahan berkenaan, wujudlah parti-parti seperti PKR, Bersatu dan sebagainya.

Mahathir sendiri tubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana kecewa dengan Bersatu.

Salah siapa? Tentulah salah Mahathir. Perbuatan dia sendiri telah melemahkan UMNO atau golongan Melayu sehingga ke hari ini.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819

Perjuangan Mahathir untuk orang Melayu hanya retorik semata-mata sehingga kini.

Bermacam dakwaan dia keluarkan berkenaan orang Melayu. Melayu malas, Melayu hilang segala-galanya.

Walhal, ketika dia memerintah negara selama 22 tahun, apa sahaja yang dibuat oleh Mahathir untuk orang Melayu?

Orang Melayu memerlukan payung besar untuk bersatu namun bukan di bawah pemerintahan Mahathir.

Payung untuk orang Melayu Mahathir lebih bersifat hipokrasi dan mengutamakan agenda peribadi daripada perjuangan sebenar.

Comments